Monday, September 29, 2008

Trip to immigration department

Today I finally have the time to bring the 3 kids to the Immigration department for their international passport. At about 10am we went to Shah Alam and the place was jam packed with people, the queue was right to the entrance of the office, thinking that I could beat the crowd we drove to Subang Terminal 2, no different here, there were about 60-70 people queuing just to get the number.

I gave up and drove home. At 1pm I went again to Shah Alam and they don't give out any more new numbers for the day. OK last try, off we went to Port Klang immigration office at 1.30pm.

Its not too bad at Port Klang, yes there are lots of people but the queue is shorter, we went to take the photos in the makeshift boot below the flight of stairs and in less than 1 hour I have completed the forms, handed in the forms and photo, went thru the details witht the officer, paid the fees and tomorrow we can come and collect the passports. I was told that they received more than 400 applications for today compared to about 250 applications on normal days.

The plan for tomorrow is to pick up the new passports in the afternoon before we start our long journey to Kedah for Raya :)

Wednesday, September 24, 2008

A swipe at Mat Bodek from Che Det

"...Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.
Apakah ini satu jenis rasuah, wallahua'lam. Dengan begitu banyak penasihat amat menghairankan kenapa tidakan Perdana Menteri Abdullah tidak begitu bijak. Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf Menteri pun tetapi tidak ada suara. Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua'lam.

p/s Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus...."
from http://test.chedet.com/che_det/
I smiled alone reading this comment. Trust Tun to comment on this and write in in such a way to make one think. Kata-kata sinis menghiris kalbu sang pembodek, sang penyokong yang mengharap habuan. Kalau dah semua nak kan habuan yang tak kecil itu apa yang tinggal untuk ikan bilis macam aku ini. Lagi mau tipu rakyat ka berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara? Masuk kubur esok jawab sendiri la.

Monday, September 22, 2008

Buka Puasa, Sri Ayuthia, Subang Jaya


Chicken in lotus leaf, the yummy tomyam, oysters, soft shell crab, squid kerabu, kailan in garlic... yummy

Sunday, September 21, 2008

Our annual sahur do, at Concorde KL


Its time for our batch class of '83 annual sahur in Concorde KL.


There were about 33 of us there and its was time to catch up on old friends.


Thanks to Abg Jalil our main sponsor for the night

Siapa saja yang menentang Malayan Union?

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu." Coat of arms of the Federated Malay States (1895-1946)

Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-135-6.

from http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)


The Malayan Union was a federation of the Malay states and the Straits Settlements excluding Singapore. It was the successor to British Malaya and was conceived to unify the Malay Peninsula under a single government so as to simplify administration.

The idea of the Union was first expressed by the British on October 1945 in the aftermath of the Second World War by the British Military Administration . Sir Harold MacMichael was assigned the task of gathering the Malay state rulers' approval for the Malayan Union in the same month. In a short period of time, he managed to obtain all the Rulers’ approval by threatening to accuse them as Japanese collaborators if they did not approve.[citation needed] Hence the approval was given, though it was with utmost reluctance.

The Malayan Union gave equal rights to people who wished to apply for citizenship. It was automatically granted to people who were born in any state in British Malaya or Singapore and were living there before 15 February 1942, born outside British Malaya or the Straits Settlements only if their fathers were citizens of the Malayan Union and those who reached 18 years old and who had lived in British Malaya or Singapore "10 out of 15 years before 15 February 1942". The group of people eligible for application of citizenship had to live in Singapore or British Malaya "for 5 out of 8 years preceding the application", had to be of good character, understand and speak the English or Malay Language and " had to take an oath of allegiance to the Malayan Union".

The Sultans, the traditional rulers of the Malay states, conceded all their powers to the British Crown except in religious matters. The Malayan Union was placed under the jurisdiction of a British Governor, signalling the formal inauguration of British colonial rule in the Malay peninsula. Moreover, even though State Councils were still kept functioning in the former Federated Malay States, it lost the limited autonomy that they enjoyed as they administered some local and less important aspects of government and the Federal government in Kuala Lumpur controlling vital aspects. State Councils became an extended hand of the Federal government that had to do its bidding. Also, British Residents replacing the Sultans as the head of the State Councils meant that the political status of the Sultans were greatly reduced.

Capital Kuala Lumpur, Language(s) Malay, English, Political structure Colony

King George VI, Governor Edward Gent, Historical era Decolonization, - Established April 1, 1946, - Disestablished January 31, 1948, Area - 1948 132,364 km² (51,106 sq mi)


From Wikipedia, the free encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

Orang Melayu di Malaysia bukanlah pendatang di Alam Melayu, dan bukan juga pendatang di Tanah Melayu. Orang Melayu ialah warga tulen Alam Melayu (Nusantara).

Bilangan Penduduk Tanah Melayu pada 1938:
Melayu 680,000 (33%)
Cina 911,000 (44%)
India 466,000 (23%)
JUMLAH 2,057,000 (100%)

Ketika Jepun mengaku kalah, orang Melayu belum lagi sempat menyusun langkah untuk menguasai Tanah Melayu. Ketika itu, selama dua minggu, kuasa pemerintahan telah dirampas oleh Tentera Bintang Tiga atau MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) yang dianggotai oleh orang Cina. Tentera bintang Tiga ini ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (ditubuhkan pada 1930).

Tetapi ancaman Tentera Bintang Tiga dapat diimbangi oleh tentera Force 136 yang dianggotai oleh orang Melayu. Di Batu Pahat dan Muar, Johor, orang Melayu menyambut kehadiran tentera Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) dengan menubuhkan pasukan parang panjang yang dipimpin oleh Kiyai Salleh. Inggeris kembali berkuasa dan meneruskan penjajahannya di Tanah Melayu mulai September 1945

Sir Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Malayan Union pada Ogos 1945. Secara tipu-helah dan senyap-senyap, Harold MacMichael berjaya mendapatkan persetujuan serta tanda tangan Raja-Raja Melayu bagi penubuhan Malayan Union. Malayan Union ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 1946. Sir Edward Gent dilantik menjadi Gabernor Malayan Union yang pertama. Malayan Union ditentang oleh orang Melayu.

from www.umnogp.com/page.php?10

Friday, September 19, 2008

KUL-JKT


A different aircraft this time (City of Paramaribo) from City of Atlanta previously on my trip in August

next to it is the City of Shah Alam, Malaysian Airlines

Wednesday, September 10, 2008

After heavy rain at our house



It was raining heavily today, the road was covered with water, 1st time I saw that in our area

Saturday, September 06, 2008

Mahathir on POHON MAAF

"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

http://test.chedet.com/che_det/2008/09/snippets-6.html