Tuesday, August 31, 2010

dodol's for the customers...

preparing dodol's as gifts for our customers, we get the supply from our friend Mohd Tuah from Tampin :)

buka puasa @ Mall Kelapa Gading

errr.... 1st I thought I was on the Arabian peninsular...

then I feel like I'm in gay Parissssss....

Grand Sahid Jakarta....

 'heavy' furnitures at the lobby

 the doorman

doorgirl?

kopi luwak...

mannn... the pricey kopi luwak @ Kem Chicks Kemang



feline

 this is Jaymz..

 Kirk..

Teh.. the Alpha male

Helen's cakes & bistro

can't help but stop at Helen's to get my hands on the blissfully delicious cakes...






One Wolter Place
Jalan Wolter Monginsidi No. 63B
Kebayoran Baru - Jakarta Selatan
Jakarta 12180


+62 21 725 8885
+62 21 71 333 885

+62 21 726 5111

Bazar ramadhan Stadium Shah Alam



pity the traders, normally at this time the area will be full with visitors getting their "buka puasa" 
meals, but the heavy rain could deter a large majority of them today

Grand Kemang, Jakarta

 empty restaurant during sahur @ 2.50am

 still empty @ 3am

 nice glass floor on the 2nd floor

mmm... can it hold my weight?

tanggal 31, bulan Lapan, tahun '57



Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  


Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. 


Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.



Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.


Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.
penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.


Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. 


Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.


Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. 


Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya. 


Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol,  begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College. 


Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.


http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php





Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Bandar Hilir, Melaka. Pengumuman ini dibuat pada 20 Februari 1956, setibanya rombongan kemerdekaan dari London. Melaka dipilih sebagai tempat pengisytiharan atas syor UMNO Bahagian Kuala Kangsar bagi menebus semula maruah bangsa. Ini kerana, di Melaka bermulanya sejarah kerajaan Melayu yang masyhur dan juga bermulanya penjajahan oleh kuasa asing.





Sumber: Arkib Negara Malaysia





 ya.. and time for the great Merdeka sales.....


Sunday, August 22, 2010

buka puasa @ Grand Dorsett, Subang (b)

whats on our table for buka puasa :)

 grilled lamb and lebanese rice

 ahem my favourite... salmon and oyster


 mannn.. I have to queue for this bugger.... Gearbox soup

cheese cake.. pity they only do the baked one

buka puasa @ Grand Dorsett, Subang


whats on the buffet spread









Jalan SS12/1Subang Jaya,47500 Malaysia
Tel: (60) (3) 5031 6060
Fax: (60) (3) 5031 8686
Email: kl.reservations@granddorsett.com

Irresistible Ramadan Buffet

Venue: Terazza Brasserie, Grand Dorsett Subang
Time: 6.30pm onwards, Monday-Sunday
Price: RM98++ per person