The writings/articles/scribbles are my collection of what is stumbled or read somewhere on the net (I try to give credit where it is due). Most of the time I forgot where I read something, hopefully this will compile all those in one site and along the way we hope not to compromise or infringe any law.
Sunday, April 21, 2013
Thursday, April 18, 2013
Sunday, April 14, 2013
Friday, April 12, 2013
Istidraj
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan
kepada mereka erti kesyukuran"
Firman Allah - “Orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu
dengan beransur-ansur sedang mereka tidak sedar" - Al-A’raf: 182
Saya petik Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku
tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-Seorang ulamak tafsir
yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini.
Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui
maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat
ke atas mereka"
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah
menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan)
membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga
Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan
setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas
dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya
sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang
mengejut.
Saidina Umar Al-Khattab sendiri pernah mengingatkan hal ini
waktu tentera Islam mendapat harta Maharaja Parsi Kisra, beliau berkata: ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta
perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj"
kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf)]
Mengumpat...
Pengertian mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang walaupun ianya benar. manakala, maksud memfitnah pula adalah menceritakan keburukan seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong.
Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.
(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Monday, April 08, 2013
Apa Persamaan Kotor Luar Dan Kotor Dalam?
Ada persamaannya. Pertama ; dalam kedua2 situasi, manusia berasa tidak selesa. Kedua ; kedua2 jenis perlu disental, diberus sehingga bersih untuk menghilangkan segala kekotoran.
Dalil situasi pertama adalah ; fitrah manusia itu bersih dan dia sentiasa mahukan perkara yang bersih.
Sebab itu kita sendiri, kalau kerap kali melakukan dosa, atau terasa ada melakukan salah dengan Tuhan, kita akan rasa tidak senang duduk, hati berdebar2 dan terasa diri seperti sangat kotor. Walhal, luaran nampak bersih, kemas dan mungkin berbau wangi.
Ini adalah hakikat yang dirasai oleh semua manusia. Kenapa? Jawapannya adalah kerana fitrah manusia itu adalah bersih dan suci. Lalu dia akan sentiasa mahu kembali kepada fitrah yang suci tersebut.
Sabda Nabi s.a.w : كل مولود يولد على الفطرة –> setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam fitrahnya, yakni bersih dan suci.
Sebab itu orang melayu kata, anak yang baru lahir ibarat kain putih.
Lama apabila besar, banyak terpalit dosa, hati kita akan meronta2 untuk kembali menjadi putih bersih dari sebarang dosa.
Kedua : Proses menyental
Kadang2, kotoran yang biasa boleh dihilangkan dengan cucian yang biasa. Tetapi kotoran yang lama, sukar untuk hilang perlu disental dan diberus dengan kuat, barulah kotoran tersebut hilang.
Hati juga begitu.
Kalau dosa kecil, istighfar memadai. Sebab itu Nabi s.a.w ajar kita supaya banyakkan istighfar. Sabda Baginda s.a.w : Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah tidak kurang dari 70 kali sehari. Dalam sebahagian riwayat lain disebut ; tidak kurang dari 100 kali.
Tetapi dosa2 besar perlu disusuli dengan taubat.
Firman Allah ta’ala : Wahai orang2 beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.
Taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan dengan bersungguh2 oleh pelaku yang melakukan dosa2 besar. Tangisan dalam sujudnya di malam hari dengan benar2 menyesali dosa2 silamnya akan meraih keampunan daripada Allah. Itulah namanya menyental. Bukan sekadar biasa2, tetapi perlu ditekan, diraih keinsafan tersebut.
Sudah tentu, ia bukan perkara mudah. Ramai orang malas membasuh baju yang terlekat kotoran degil, kerana malasnya untuk mengeluarkan tenaga menyental dan memberus. Akhirnya semakin lama, kotoran semakin sukar hilang.
Hati juga begitu. Lama dibiarkan dosa2 tanpa disusuli dengan taubat, akhirnya membuatkan dosa tersebut menyeliputi hati, sehinggalah hati tidak lagi ada ruang untuk merasa insaf. Itulah namanya hati yang mati.
Sebab itu, bukan calang2 orang yang berjaya membersihkan hati mereka terutama dari kotoran degil. Lalu sabda Nabi s.a.w : التاءب عن الذنوب كمن لا ذنب له –> orang yang bertaubat dari dosa, umpama orang yang tiada dosa.
Justeru ada berbagai cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran :
1- Banyakkan membaca Al-Quran bersama tadabbur.
Baca Al-Quran sahaja, tanpa tadabbur maknanya sukar mendatangkan keinsafan pada manusia. Memahami makna2 Al-Quran, peringatan2 Allah di dalamnya akan berupaya meraih kelembutan dari dalam jiwa manusia.
2- Torture hati sendiri
Banyakkan berhujah dengan hati dan jangan sekadar mengikut setiap bisikannya. Boleh jadi ketika terdorong melakukan maksiat, kita jarang menentang sebaliknya kerap mengikut. Ubah tabiat tersebut kepada menentang. Marah kepada setiap bisikan tersebut dan torture hati sendiri supaya bisikan tersebut kalah.
3- Usaha untuk menangis
Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia. Betul, memang payah hendak menangis kecuali dengan hal yang remeh temeh. Putus cinta, hilang barang, terasa hati dan sebagainya. Hendak menangis mengenang dosa sangat payah. Tetapi payah tak bermakna tak boleh. Cuma perlu diusahakan. Antara caranya adalah mencari suasana yang mendorong, bangun tengah malam umpamanya. Memejam mata sambil mengingati kesalahan2 yang pernah dibuat, insyaAllah akan menangis. Tangisan ini bukan calang2, kerana powernya boleh memadamkan api neraka.
4- Banyakkan ingat mati
Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia.
5- Bergaul dengan orang soleh
Dalam hadis ada disebut tentang aspek pergaulan. Seseorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi pasti akan terlekat sama wangian tersebut. Berkawan dengan orang2 yang baik, yang soleh, yang tekun pada agama, boleh melembutkan hati kita untuk menjadi baik. Dalam masa yang sama, proses mensucikan antara akan menjadi lebih mudah.
dipetik dari: http://www.myilham.com/blog/2011/02/cara-membersihkan-otak-dan-hati-dari-kekotoran/