Sunday, March 27, 2005

100 tahun MCKK (1905-2005)


KUALA KANGSAR 26 Mac 2005: Raja-Raja Melayu, pencetus penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), semalam berikrar akan mempertahankan MCKK sebagai warisan bangsa dan negara buat selama-lamanya.
Ikrar itu dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail sewaktu mengisytiharkan MCKK yang genap berusia 100 tahun sebagai Warisan Bangsa dan Negara di kolej itu di sini.

“Pada hari ini, beta dan Raja-Raja Melayu berkenan untuk kekal sebagai penaung Malay College Kuala Kangsar selagi ada peredaran bulan, bintang dan matahari. Semoga MCKK semakin maju dan berjaya,” titah Seri Paduka Baginda.


Turut hadir pada majlis itu Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Majlis bermula dari Istana Iskandariah di sini, sebagai antara tempat awal tercetusnya idea penubuhan MCKK, dengan Pemegang Mohor Besar Raja-Raja mengetuai perarakan watikah ke maktab itu sejauh kira-kira tiga kilometer.
Perarakan berwarna-warni itu disertai 100 anggota tentera, 300 pelajar MCKK mengiringi tujuh ekor gajah.
Pada majlis yang diadakan sempena 100 tahun MCKK itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah bahawa hasrat kerajaan menjadikan MCKK sebagai warisan bangsa dan negara adalah untuk meninggikan martabat MCKK.



Utusan Malaysia (03/01/2005) http://www.mcoba.org.my/Default.aspx?tabid=51


Back to the green, green grass of MCKK - The New Straits Times (24/03/2005)
Menyingkap Nostalgia MCKK - KOSMO (28/02/2005)
Mengingati penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar - Mingguan Malaysia (27/02/2005)
MCKK bukan lagi sekolah pilihan utama ibubapa - Berita Harian (23/02/2005)
Keluarga besar MCKK - KOSMO (21/02/2005)
MCKK keluarkan nombor khas kenderaan - Utusan Melayu - (21/02/2005)
MCOBA anjur majlis makan malam - Berita Harian (18/02/2005)
MCKK To Be Declared National Heritage - Bernama.com (17/02/2005)
More than 500 attend MCKK's fund-raising dinner - The Malay Mail (17/02/2005)
Kolej Melayu Kuala Kangsar diisytiharkan warisan negara - Kosmo (17/02/2005)
Majlis makan malam bekas pelajar MCKK - Harian Metro (17/02/2005)
MCKK to be declared national heritage - The Sun (17/02/2005)
Help restore MCKK's glory days - New Straits Times (17/02/2005)
Malaysia's Eton looks to restore glory - Straits Times, Singapore (15/01/2005)
Rugby renaissance awaited - The New Straits Times (11/01/2005)
Apa persamaan mereka? - KOSMO (06/01/2005)
Raja Nazrin is MCKK Chairman - The New Straits Times - (04/01/2005)
MCOBA, MCKK lancar program khidmat sosial - Berita Harian (03/01/2005)
MCKK shares centenary joy with the sick - The New Straits Times (03/01/2005)
MCKK Centenary on Sunday - The New Straits Times 30/12/2004
MCKK Centenary Celebrations To Kick Off On Jan 2 - Bernama.com (23/12/2004)
MCKK SET TO CELEBRATE CENTENNIAL - The Star (17/08/2004)

No comments:

Post a Comment