Friday, July 14, 2006

Melayu masih "berjiwa hamba"

Interesting article by Anuar Mohd Nor from http://www.umno-reform.com/URnews/jiwa_hamba.htm which I (partly) re-publish here;

Dr Siddiq Fadil dalam bukunya Melayu Baru menulis - selagi Melayu berjiwa hamba selagi itu kita akan terbenam dalam kancah ketinggalan. Ulasan Dr Siddiq mengatakan bahawa salah satu kreteria yang perlu untuk memajukan Melayu ialah dengan pengikisan perasaan jiwa hamba dan memerdekakan diri. Kita dengar- kata - kata Dr Burhanuddin Helmy - " di atas robohan kota Melaka , kita dirikan jiwa merdeka" masih susut dari segi percapaiannya. Jiwa kita tidak merdeka - terkongkong dengan perhambaan tidak menggalakkan perubahan - dari kongkongan feudalism " ke 'raja' an, "kesultanan" kepada kongkongan feudalisma "politik" dan penjajahan dalaman. Perjuangan menuntut jiwa merdeka tidak akan berjaya selagi kita masih kaku dibelenggu aspek - aspek ketakutan. Kita dari satu sudut menuntut perubahan Melayu - menuntut perubahan minda - menuntut sikap Melayu Baru tetapi semua - belenggu halangan di ketatkan dan dalam masa yang sama Melayu terus terkongkong untuk tidak menggeleng tetapi mengangguk. Kesedaran harus dibentuk dengan mengakui betapa tercicirnya kita dalam semua bidang - ketinggalan dan kini bangsa kita Melayu terus diperhambat ketepi untuk menjadi penonton kepada pembangunan negara.

Jiwa hamba akan hanya dapat dikikiskan selagi kita sedar bahawa bangsa kita akan pupus dan tanda - tanda awal kepupusan kita sudah terhidang tanpa kita sedari. Kita perlu meningkatkan perekonomian bangsa, kita perlu memperkasakan bangsa tetapi hanya segelintir Bangsa Melayu Perdana yang berjaya dengan segala ketamakan haloba. Kita harus bebas berfikir - terbuka "option" untuk memilih. Adakah bangsa Melayu perlu hadir untuk menyokong apa yang ada tanpa banyak mempersoalkan tindakan, harus mengangguk sementara Melayu Perdana wujud untuk terus memanipulasi keadaan untuk kepentingan segelintir yang akan meningkatkan statistik palsu kejayaan negara.

Melayu Perdana - budaya feudalistik Dr Siddiq Fadil menyimpulkan " Unsur - unsur yang bersifat budaya feudalistik harus ditinggalkan". Ini termasuklah unsur - unsur pendewaan terhadap seseorang tokoh dan penghambaan diri kepada mereka. Segelintir Melayu Perdana inilah yang nampak masih mempertahankan budaya feudalistik - mahu terus Melayu berjiwa hamba. Inilah senario yang wujud dan ialah sebenarnya yang membataskan Melayu itu - bukan mudah lupa - bukan malas tetapi terus di tipu oleh golongan Melayu Perdana - berkuasa dan terus berkuasa.

"In short we should move out from our normal thinking process to gain 'Jiwa Merdeka'. Unfortunately there are this Melayu Perdana element who still try to keep us under our old thinking hats for them to be able to clean up the country out of its wealth".... my 2 cents worth

No comments:

Post a Comment