Monday, November 06, 2006

Election of Yang Di Pertuan Agung

Got this in my mailing list, maybe not many of us know about it.. in relation to the announcement that the Sultan of Trengganu Sultan Mizan will be the next YDP Agung come December 2006;

Actual election of YDPertuan Agung berasaskan selection hanya pernah berlaku pada awal Ogos 1957 di mana YDPB N.Sembilang (ketiga senior) dipilih Majlis Raja-raja sbg YDPAgung dan sbg TimbalanYDPA Sultan Selangor (keempat senior) mengikut tarikh naik-takhta di Negeri masing-masing terpilih, mendahului Raja-raja yg lebih senior iaitu Major-general Sir Ibrahim Abubakar (Sultan Johor) yg naik takhta pd 1895dan Sultan Sir Abu Bakar Phg. yg naik takhta pd 1932.Kedua-dua baginda tidak berkenan utk seterusnya selepas 1957. Jadi Raja Perlis (1945), Trgganu.(1946),Kedah (1958),Sultan Yahya Petra Kelantan.(1960), Sultan Ahmad Shah Pahang.(1974), Sultan Mahmud Iskandar Johor(1981), Sultan Azlan Perak (1984) mentakhtai Kerajaan Malaysia secara bergilir.

Secara tak rasmi kitaran mengikut susunan tsb disambungkan pada kitaran kedua Maka YDPB NS menjadi YDP I > X, Selangor II > XI, Perlis III > XII, Trg IV > XII.Pilihan kena dibuat sebab Perlembagaan menghendakinya sbg syarat mutlak. Pada amalannya seseorg Raja itu akan memaklumkan sang Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, samaada baginda berkenan utk dipertimbangkan utk jawatan YDPA atawa TYDPA. Kalu tak berkenan, maka tidak akan dipertimbangkan.

YDPA akan bersemayam selama maksimum tempoh 5 tahun kecuali kalu mangkat lebih awal atawa disingkirkan oleh Majlis Raja-raja. Itulah gamaknya sebab Majlis Raja-raja bermesyuarat setiap kali dua hari di mana hari pertama tak dihadiri YDPA. Mana tahu kut-kut agenda yg termasuk penentuan kedudukan YDPA, mungkin berpuncakan kpd kedudukan/kesesuaia n mental fizikal perilaku dan seumpamanya. Dalam kes tertentu, seperti keperluan YDPA berada di luar negara (selain drpd melakukan Lawatan Kenegaraan) melebihi 15 hari, Timbalan akan melaksanakan tugas-tugas YDPAgong. Yg dmkn itu telah berlaku ketika almarhum YDPA XI gering dan berada di Singapura dan Sultan Trg memangku jawatan YDPA hingga 12 12 2001.

No comments:

Post a Comment