Tuesday, January 13, 2009

Sana boikot.. sini marah....

Akhir-akhir ini sejak serangan di Gaza yang entah keberapa kalinya, banyak sungguh saya terima email dari teman, rakan, taulan yang seperti marah, cuba memberi kesedaran tentang zalim nya bangsa yang memang sejak dulu di laknat itu. Dalam usaha memboikot dan kemarahan yang meluap-luap jangan lupa yang ada benda lain yg lebih simple lebih senang yang kadang kala terlupa dan terlepas kita buat.

satu tulisan yang baik yang saya terima untuk bacaan, jika faham elok lah kita mulakan dengan yang basic dan simple dahulu sebelum yang lain lain;

Doa doa tu memanglah digalakkan tetapi pada solat harian bila kita ucap "....assalaamu 'alaina wa 'alaa 'ibadillaahis saalihiin... .." (lk: selamatkan kami serta para solihin dr kalangan hambaMu), adakah kita benar menghayati dan memaksudkannya atawa sahaja ucap dan ujar sbg satu kebiasaan ritual semata-mata. Jika satu kebiasaan ritual, malahan bangun terus tanpa bersalam dgn org yang bersolat di sebelah apalah ada makna doa bg kesejahteraan orang yg lebih jauh.

Bukankah firman ".... wa iitaa iii dzil qurbaa wa yanha 'anil fahsyaaa iwal munkar...." itu menegaskan bhw kita hendaklah bersedekah / berlaku kebajikan kpd mereka yg hampir/dekat/ karib dgn kita. Jika dmkn dan benar dimaksudkan maka tentulah doa kebajikan bg org yg jauh yg menderita akan dimakbulkan.

Jika di sini pun kita berkelahi manalah konon kita upaya berikrab seolah-olah seperut (silaturrahmi) dgn muslimin di loka dan kala/ketika lain.
Namun Allah masih menjanjikan seraya mendesak 'berdoalah kepadaKu kelak Kukabuli'.
Ya Allah anta laa tukhliful mii'ad.
Wallahu a'laam.

No comments:

Post a Comment