Wednesday, February 03, 2010

Sabar my friend...

Tadi sempat melawat seorang teman lama yang sudah lebih lebih 20 tahun tak jumpa di Medical Centre di Subang. Mulanya mahu derma darah untuk di ambil "platelet" nya tetapi blood bank hanya buka hingga jam 5:30 petang sahaja. Teman itu memang perlukan platelet akibat kanser yang sudah mencapai tahap kritikal.

Isteri dia bercerita yang teman itu tak boleh bercakap, whatever it is, sudah menjangkit ke tekak dia dan "affect his voice box", dia genggam tangan aku... making small movements to acknowledge me, other then angguk kepala bila aku bercakap dengan dia..... beberapa minit lepas tu dia angkat tangan kiri dia, wifey kata itu mungkin dia kena pain attack... biasa nya kalau kena macam tu dia tak nak org ada situ.. aku ingat baik lah aku keluar... dia genggam tangan aku kuat lagi... bila dia tarik napas, aku tau dia menahan sakit, buka mulut dan bagitau.. "aku minta maaf, halalkan makan minum... doakan aku.. "


sebak dada aku. Memang aku terkedu sebab masa itu aku bongkok di tepi katil, tunduk pandang tepat muka dia, sengaja atau tidak terpacul dari mulut aku ayat bangang, "hang ensem lagi brader... kuat lagi "


.... kalau tak .... memang menitik air mata aku yang memang dah bergenang di ujung mata... Its nice to see him smile walau aku tau dia senyum dalam menahan sakit walaupun cuba di tahan dengan dose morphine yg besar. AKu rasa dia juga tujukan ayat tu untuk semua kawan, rakan, teman dan taulan sebab itu aku sampaikan...... redhakan dan doakan untuk kebahagian dia.


Sebelum ni masa aku call few months back... dalam sakit pun dia boleh ketawa besar, terbahak-bahak dia gelak, walau dengan diselang seli dengan "aduh.. aduh sakit dada aku ketawa"...... dia kata dapat juga dia merasa ketawa dgn topic bangang yang aku merapu dengan dia.


Sabar my friend.... INsyaAllah segalanya akan selamat

No comments:

Post a Comment