Friday, October 25, 2013

Jambatan Gantung Terapung di Klang





sejarah jambatan di Klang. Sebenarnya bukan 2 tapi dah 4 buah jambatan dibina sejak Jambatan Belfield pada tahun 1908! Kisah jambatan itu korang bacalah dalam entri aku yang lepas..terperinci...Tapi lepas aku buat research sikit kat internet, rupanya ada 2 lagi jambatan yang dibina selepas tentera British letupkan Jambatan Belfield semasa mereka berundur daripada serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kemudian,barulah dibina jambatan Kota.   Korang bacalah maklumat budak skema yang aku jumpa dalam internet ini:
"Jambatan Kota di Klang, jambatan dua tingkat yang popular dan antara jambatan tertua di Malaysia, dibina pada bulan Mei 1957 oleh sebuah Syarikat British, Dorman Long Bridge and Engineering Ltd.( Korang tengok sifat penjajah. Negara di ambang kemerdekaan pun diorang nakkan juga kontrak last minute. Dasar penjajah bagero!) Jambatan dua tingkat sepanjang 500 meter itu dibina dengan menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang bagi menjadi penghubung utama antara Bandar Klang Utara dan Klang Selatan. Ia pernah ditutup daripada digunakan orang ramai pada 21 Januari 1992. Jambatan Kota Lama itu diserahkan kepada MPK pada 1992. Pada tahun 1995 MPK telah membelanjakan sebanyak RM750,000 untuk menguatkan dan mengukuhkan struktur jambatan Kota Lama ini. Pada 20 November 1996, MPK telah membina 58 buah gerai cenderamata bagi menempatkan lebih ramai bumiputera berniaga di pusat bandar, Pengubahsuaian itu siap sepenuhnya pada 17 Julai 1997 lantas menjadikan kewujudannya sebagai tarikan pelancongan di Klang."


Jambatan Kota, Klang




Tentang jambatan terbaru yang keempat pernah wujud di Klang dan berhampiran stesen kereta api  ini namanya jambatan Raja Muda Musa,  kalau tak silap aku. Bila dibina? Entahlah... aku tak berapa nak ingat.. mungkin awal 1980an kot? Korang tanyalah JKR. Jambatan ni biasa jer, macam jambatan-jambatan lain cuma ada awning sepanjang jambatan untuk pejalan kaki. 

No comments:

Post a Comment