Friday, October 25, 2013

Kapal Haji di Port Sweetenham

from: http://akubudaktelok64.blogspot.com/2011/07/kapal-haji-di-port-sweetenham-port.html

Kapal Haji di Port Sweetenham@ Port Klang@Kuala


Apa khabar semua? Kali ini aku nak bercerita tentang Port Klang.Pasal apa Port Klang? Pasal ramai sedara mara aku yang pernah dan masih bekerja kat sana. Dulu zaman Mat Salleh, Port Klang orang panggil Port Sweetenham sempena nama Residen Inggeris di Selangor..Orang Telok panggil Kuala jer...maksud diorang Kuala Kelang ler..pasal di situ ler muara Sg. Klang.Ok ler,cukuplah pelajaran Geografi tentang Port Klang..korang tengok peta kat bawah ni baru nampak jelas apa yang aku katakan.

 Dulu Port Klang, pelabuhan biasa jer, tak macam sekarang ada Northport, Westport, Southport...takde terminal kontena macam sekarang ni.Yang ada hanyalah Southport atau Pelabuhan Selatan yang mengangkut barang pukal pakai jaring besar. Lepas merdeka..itupun masa tahun-tahun 70-an, barulah ditukar nama kepada Pelabuhan Klang dan wujudlah LPK Lembaga Pelabuhan Klang sebagai organisasi pentadbirannya.



 Tapi aku bukan nak ceritakan sangat pasal sejarah Port Klang ni..Pokok persoalan di sini ialah nostalgia ketika menghantar rombongan haji ke Mekah.Sejak zaman-berzaman dulu lagi orang naik haji menggunakan kapal layar. Itu cerita biasa. Tapi masa British dulu orang-orang Telok dan Malaya amnya belayar ke Mekah menggunakan kapal haji.Tempat naiknya..sememangnya  di Port Sweetenham. Masa tu sapa-sapa yang naik haji memang diraikan oleh orang kampung sama ada masa perginya dan juga masa balik ke kampung. Begitu sekali penghormatan orang kampung Telok pada  Tuan Haji dan  Mak Hajjah. Kenduri doa selamat dah tentu ada.Dipasang  pula sepanduk mendoakan agar mendapat haji yang mabrur, begitu juga time diorang balik. Korang tanyalah atuk nenek yang pernah ke Mekah masa dulu-dulu. Siap bawa periuk belanga..batu lesung pun naik sekali..maklum ler perjalanan pergi dan balik ke Mekah memakan masa tiga bulan.Mesti packing stok 3 bulan..kalu tidak apa nak dimakan? Butiran tentang kehidupan diorang dalam kapal aku tak ingat secara terperinci..dah lupa...lama sangat dah! Tapi yang pasti mana ada pakej-pakej haji macam sekarang ini!

 Masa menghantar, punyalah ramai manusia! Macam pergi tak kembali jer!macam ulat taik! (Maafkan ler bahasa aku)  Masa tu rombongan menghantar jemaah haji dibenarkan masuk ke dermaga sampai tempat kapal parking. Sekarang sampai kat pagar jer ...Berapa banyak kapal haji aku tak tahu ler..korang buat ler research sikit kat internet. Ramai yang meleleh air mata..



Lepas tahun 71, aku tak dengar lagi  cerita tentang pergi haji naik kapal...aku rasa masa tu LUTH (Lembaga Urusan dan Tabung Haji dah diwujudkan oleh kerajaan..kerajaan dah putuskan semua penerbangan ke Mekah menggunakan pesawat MAS..Sejak itu Port Klang sebagai terminal haji hanya tinggal kenangan  orang tua-tua Telok.

No comments:

Post a Comment