nice place to go..... we got our room at RM150, food is
extra, they have a restaurant there.
information from the website http://syamille.com.my
Waktu Operasi Resort Syamille
Waktu pejabat:
Setiap hari Isnin hingga Ahad
MASA : 8.30 pagi sehingga 5.30 petang
REHAT : 1.00 hingga 2.00 petang
Waktu operasi restoren:
Setiap hari Isnin hingga Ahad
MASA : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
Madu Kelulut
Di Syamille AgroFarm & Resort kami ada menyediakan
produk terbaru dari Syamille, iaitu madu kelulut.. sebarang pertanyaan mengenai
produk-produk kami boleh hubungi talian Kami di 05-7520209 atau anda boleh ke
laman web rasmi produk madu lebah kelulut http://kelulutmalaysia.blogspot.com/
Alamat Kami:
Lot 3749 & 3750, Jln Lata Perahu, Kg Chuar Hulu,
Mukim Chegar Galah, 33020 Kati, Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
numbers.... +605.7520.209, +6019.320.6177 (Anne).//
+6019.465.5967 (Firdaus).//+6019.512.5046 ( Masyitah)
Ma’had Tahfiz AnNuri telah didaftarkan pada 08 Mei 2009 atas
nama Ma’had Tahfiz AnNuri Sdn.Bhd (856229V). Beroperasi di alamat Lot 3750,
Kampung Lata Perahu, Mukim Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar, Perak, Ma’had
Tahfiz AnNuri diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Zainuri Bin Mohd Idrus bersama adik
beradik beliau di atas tanah ladang yang berkeluasan 4.8 hektar (12 ekar) atau
lebih dikenali sebagai Syamille Agro Farm & Resort.
Pusat Tahfiz Al-Quran ini dikelilingi dengan suasana
panaroma yang begitu indah dan penuh ketenangan, pokok-pokok yang redup
menghijau, taman bunga, tasik dan kesejukan air terjun yang mendamaikan
fikiran. Selain itu terdapat juga kebun sayur-sayuran, ternakan kambing ,rusa
dan kicauan burung yang semestinya menyeronokkan. Ianya sekaligus memberikan
ketenangan bagi anak-anak yang ingin menghafaz Al-Quran, juga mempelajari
kemahiran hidup seperti teknik bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya.
Pusat Tahfiz AnNuri menawarkan pendidikan percuma dan tidak
mengenakan sebarang yuran pengajian. Dengan harapan mereka dapat menghafaz
Al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, agama dan
akademik dengan lebih sempurna (Insya Allah), hasrat kami ialah ingin membantu
golongan yang tidak berkemampuan bagi meneruskan pengajian mereka, yang terdiri
dari kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin.
Insya Allah pelajar-pelajar disini akan dibimbing oleh
ustaz-ustaz yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan dan
kelulusan seperti Tahfiz Quran Darul Tuba (Kaedah Hafazan Turki), Universiti
Al-Azhar Mesir, Darul Quran JAKIM dan Universiti Islam Yaman.
Ma’had Tahfiz AnNuri mempunyai kelengkapan yang sempurna dan
selesa seperti chalet, asrama pelajar, surau, dewan makan, dewan belajar, dan
kawasan riadah. Sehingga kini sudah terdapat 12 orang pelajar yang menuntut di
Ma’had Tahfiz AnNuri.
No comments:
Post a Comment