Tuesday, January 31, 2012

Monday, January 30, 2012

Senangkanlah Hatimu

http://calipso-tasaufmoden.blogspot.com/2008/09/senangkanlah-hatimu.html


Senangkanlah Hatimu

Oleh: Al-Anisah Mai

Di hadapan tugu kesedihan, berdirilah seorang pemimpin besar, sedang berpidato di hadapan beribu-ribu umat. Di antara isi pidatonya antara lain:

"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan. Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, peyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian".

Kalau engkau dermawan, senangkahlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya. Kalau sekiranya engkau tak kuasa jadi dermawan, itu pun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikkan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian mesti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingg hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya. Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu, segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan, dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya dari penyakit mentingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang. Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.

Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan. Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, iaitu kesihatan dan kesakitan.

Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia, ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkanlah hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang trang benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingg menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya mata sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam" "Adalah", sehingga dia pun "Ada".

Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacatmu, tak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit kemuliaan orang yang masyhur itu berdiri di atas masyarakat, dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yang kecil-kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam ombak ilham.

Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau,tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah. Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagiu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkanlah hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan. Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa 'sial-dangkal', maka senangkan juga hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yan gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belaskasihanNya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!

Merasa tenteramlah!

bunga...




Sunday, January 29, 2012

M. NASIR - Suatu Masa ***klip terbaru***

M Nasir & Siti Nurhaliza - Suatu Masa (Duet)




M. Nasir - Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti Manakah ilhamku
Cahaya di matamu Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan Ku ramas semua
Dan ku buangkan  Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal           Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku          
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku   Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan   Rasa rindu yang membara  Kepadanya
Warna-warna cintaku  Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita  Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa  Atau kau tak endah
Tapi ku percaya  Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa  Di hari yang indah
Ku hulur tanganku  Lalu kau terima

Kopratasa - Permata Untuk Isteri

Jamal Abdillah, Hattan & M.Nasir - Kepadamu Kekasih...



I just love this meaningful song....


Kepada Mu Kekasih       Artist: M Nasir  (singer M Nasir, Jamal Abdillah, Hattan)
KepadaMu Kekasih  Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati  Bersama amali
 KepadaMu Kekasih  Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi  Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi Tanpa harga diri
 Hanya padaMu Kekasih  Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
 KepadaMu Kekasih   Aku serahkan
Jiwa dan raga  Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku…… Dalam keadaan begini

Sekilas pandang mungkin lagu ini ibarat sang kekasih kepada kekasihnya.... jika lebih diteliti ia lebih kepada Hamba kepada penciptanya, atas kesalahan sang hamba dan jika sang pencipta bakal menerima amalan sang hamba

Jamal Abdillah & M.Nasir - Ghazal Untuk Rabiah [L!ve]..




Interesting story about this song... Jamal approached M. Nasir about wanting to do a Flamenco/Spanish/Latino type of song and M Nasir talk him into doing a Arabian/Malay song instead, pointing out to Jamal the similarity of these two styles of music.. the end result of the collaboration of these two is this song... "Ghazal Untuk Rabiah".. a unique fusion of Western and Middle Eastern melody.. and a testament to the genius of M Nasir

Kilauan intan berkelip-kelip di langit tinggi  Dan cahaya menari-nari di langit biru
Tidaklah dapat menenangkan perasaanku  Yang rindukan kehadiran kasih
Gemersik irama merdu buluh perindu  Dan nyanyian pari-pari dari kayangan
Tidaklah dapat tenteramkan sanubari  Yang mendambakan kepastian kasihmu
Rela lepaskan segala-gala yang ku ada    Andai itu yang kau hajatkan
Rela terima apapun syaratnya dan dugaan, Untuk ku buktikan cintaku
Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang cedera, ditumpaskan cinta
Asalkan dapat ku menundukkan amukan gelora jiwa, Yang menagih kasih
Yang halus yang tulus Yang mulus yang kudus            
Semoga malamku tidak lagi jadi medan airmata, Menusuk segenap kalbuku ooooooo

Juara Lagu 1994 M. Nasir - Tanya Sama Itu Hud Hud



deep..... looking beyond the lyrics. 73 pintu.... yang benar hanya 1


M. Nasir - Tanya Sama Itu Hud-hud

Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh... Sang Algojo Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung   Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih  Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan  Di mana pula kau berdiri  Di sini
Ooh... Sang Algojo  Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini  Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud Lang mensilang
Kui mengsikui Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"



flora.. by SONY A65









Sony Alpha 65... as reviewed in Digital SLR Photography







Verdict:
The Sony Alpha 65 features the same sensor that is used in the A77 and also the NEX-7. The big difference is that the A65 is far cheaper with both other models costing over £1,000. While the number of megapixels needs to be balanced with other aspects of the camera’s features and performance, there can be little argument that the resolution of the A65 gives it a major selling point over its rivals.
Whether you actually need 24 million pixels is debatable, but the Sony has them if your answer is yes. The A65’s not a one-trick pony either, as its autofocus and metering systems are excellent and its range of features should meet the needs of all but the most demanding amateur photographers and videographers. The electronic finder is close to a revelation, too. Its build quality and high ISO performance may not match that of many of its rivals, but in most other regards, the A65 delivers a class-leading performance.

Sony Alpha 65: Handling & ease of use: 23/25, Features: 24/25, Performance: 23/25' Value for money: 23/25 OVERALL: 93/100

SURAH AS SABA Recited by Abdul Rahman As Sudais

As-Saba (34) : 50


Katakanlah: "Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri; dan jika aku mendapat petunjuk maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat".

QS As-Saba (34) : 50

Recitation for the full surah
http://www.sh4arab.com/qoran/translate-34-7.html

az-Zumar (39) : 55-58


Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,
supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)”,
atau supaya jangan ada yang berkata: “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa”.
Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab: “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik”


QS. az-Zumar (39) : 55-58



Thursday, January 26, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Michael Jordan wannabees....

errr... I don't think they even know who Michael Jordan is.. I 'm so so yesterday :(





squashing good time....





back with the racket after 20 odd years..... 

Afdlin Shauki - Kantoi Whatever (AIM 17 2010)


the answer to Kantoi

Zee Avi - "Kantoi" Sing-Along




Lirik Lagu Kantoi - Zee Avi (Kokokaina)

Semalam I call you, you tak answer, You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you, but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara, Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada, Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer, You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym, Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you, I've always known that your words were never true
Why am I with you? I pun tak tahu, No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story , Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too, With her ex boyfriend's best friend, Tommy...

Monday, January 23, 2012

Ahli Fiqir - Angguk-angguk Geleng-geleng




Angguk angguk geleng geleng Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya Kiri Kanan Ikut saja
Kita tunduk pabila diketuk Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…

Tak apa tak kisah Tak rugi tak mati
Tak ambil peduli Berserah dan pasrah
Biar ada dah dijampi Ada pasang, surut-naik

Dikerah dijajah Terus nista dipenjara
Jadi hamba jadi kuli, Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat, Kita nanti kita perhati
Jgn merungut biar berjanggut, Diam akur
Kita mesti patuh, Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh terlampau, Biar kita melopong
Biar kita menganga, Biar mereka buat apa mereka suka
Biar saja, Jangan melawan
Jangan membantah, Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam, Biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka, Kecut takut
Kalut kolot, Terkunci mulut
Bergaduh bertutur, Kalah sabung menang sorak
Tiba masa kita gerak,

Dik mari dik, , Ya kak, Nama adik siapa? Liya… Adik tahu nyanyi tak? Tahu… Mari ikut kakak nyanyi sama-sama…

Angguk angguk geleng geleng , Tunduk tunduk ikut telunjuk
Angguk angguk geleng geleng, Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya, Kiri Kanan Ikut saja
Iya Iya saya saya, Kiri Kanan Ikut saja

Tolak Tambah, Kali ganda
Hitung kira segala nista, Maju mendung
Tinggi rendah, Berapa nilai, Nilai bangsa

Kak…Sekupang ke? Dua kupang ke? Tiga kupang?
Sawah sebendang Ladang sebidang
Tanah sekangkang Pohon sebatang
Kerana uang semua hilang hanya tinggal shelai sepinggang
Yang jenin yang lebai yang pandir yang luncai
Yang angannya tinggi yang dibuai mimpi yang sawah terjual
Maruah tergadai
Kamu mahu lagi?
Ahli fikir…sabar, sabar, sabar, sabar, sabar, sabar.




Raihan - Demi Masa












Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian         , Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh          .. Ah...

life's simple pleasure...


Alhamdulillah.... Too Phat feat Yassin


Ult li albi bissaraha, Hayya nab'idil karaha, Syakkireena a' kulli na'ma, Ba' ideena anil fattana

(Aku membuka hatiku dengan kejujuran, Hindarilah kebencian dan dendam, Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada, Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Rumah Makan Medan Baru, Krekot, Jakarta




Acheh food at Jl Krekot Bunder 65 JAKARTA 10710





Mbah Jingkrak, Setiabudi... again

Berakar dari konsep rumah kuno yang berdiri tahun 1959 beratapkan sirap dengan luas keseluruhan 800 m2. Hadirnya konsep alami jawa dapat dirasakan pada bagian dalam warung dengan saratnya nuansa hijau pepohonan, gazebo, kursi serta meja kayu dengan ditemani gemericik air mancur dan alunan merdu tembang jawa. Seiring dengan sirnanya cahaya mentari, keheningan malam, lampu temaram dan konsep romantis juga dihadirkan untuk meningkatkan kenyamanan pelanggan. http://www.mbahjingkraksetiabudi.com/

Jl. Setiabudi tengah No. 11
Setiabudi - Jakarta 12910
Mobile. +62 21 818 072 09 848
Telp. 021-525 2605,
Fax. 021-5290 6544
Email. Info@mbahjingkraksetiabudi.com


























GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...