


The writings/articles/scribbles are my collection of what is stumbled or read somewhere on the net (I try to give credit where it is due). Most of the time I forgot where I read something, hopefully this will compile all those in one site and along the way we hope not to compromise or infringe any law.
Jl. Kemang Raya 2H Kebayoran Baru
Jakarta 12730 INDONESIA
Phone (62-21) 719 4121 Fax (62-21) 719 4131/51
rsvp@grandkemang.com - www.grandkemang.com
from the website:
BANGUNAN RESTO HUIZE TRIVELLI menempati salah sebuah rumah asli dari perumahan warga Eropa-Belanda yang dibangun sekitar tahun 1939. Selama sekitar 50 tahun bangunan asli ini telah menjadi rumah keluarga kami.ATMOSFIR yang tercipta dari interior klasik eklektik, secara harmonis memadukan elemen-elemen kultural Eropa, Jawa, dan Cina. Dari kehangatan dan kenyamanan Roemah ini, kami menyambut kedatangan anda di HUIZE TRIVELLI: Roemah tercinta keluarga kami dan tempat bersantap yang membuat anda merasa “SEPERTI DI ROEMAH SENDIRI”.
From: http://www.sabrizain.org/malaya/malays.htm
"I cannot but consider the “Malayu” nation as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, preserving their character and customs, in all the maritime states lying between Sulu Seas and the Southern Oceans."
Stamford Raffles, 'On the Malayu Nation', Asiatic Researches, 12 (1816): 103.
The Malays are the race of people who inhabit the Malay Peninsula (what is today Peninsular Malaysia) and portions of adjacent islands of Southeast Asia, including the east coast of Sumatra, the coast of Borneo, and smaller islands that lie between these areas.
Anthropologists trace the home of the Malay race to the northwestern part of Yunnan, in China. These tribal proto-Malays, or Jakun, were a seafaring people.They were once probably a people of coastal Borneo who expanded into Sumatra and the Malay Peninsula as a result of their trading and seafaring way of life. These sea-tribes, refered to by the Portuguese historian Godinho de Eredia as “Saletes”.”Orang Selat”, or People of the Straits, played a major part in the making of the great Malay empires of Malacca and Johor. The present-day Malays of the Peninsula and coasts of the Malay Archipelago are described anthropologically as deutero-Malays and are the descendants of the tribal proto-Malays mixed with modern Indian, Thai, Arab and Chinese blood.
Malay culture itself has been strongly influenced by that of other peoples, including the Siamese, Javanese, Sumatran and, especially, Indians. The influence of Hindu India was historically very great, and the Malay were largely Hinduized before they were converted to Islam in the 15th century. For nearly two thousand years, the unremitting traffic of traders between the Archipelago and India resulted in frequent inter-marriages along the whole of the west coast of the peninsula, especially Tamils and Gujeratis. Some Hindu ritual survives in Malay culture, as in the second part of the marriage ceremony and in various ceremonies of state. Malays have also preserved some of their more ancient, animistic beliefs in spirits of the soil and jungle, often having recourse to medicine men or shamans (bomohs) for the treatment of ailments.
Parameswara: http://www.sabrizain.org/malaya/parames.htm
from: http://en.wikipedia.org/wiki/Bujang_Valley
The Bujang Valley or Lembah Bujang is a sprawling historical complex and has an area of approximately 224 square km. Situated near Merbok,Kedah, between Gunung Jerai in the north and Muda River in the south, it is the richest archaeological area in Malaysia.
These archaeological remains indicate that there may have been a Hindu-Buddhist polity here. The name itself is roughly translated into "Dragon Valley". The area consists of ruins that may date more than 1,500 years old. More than fifty ancient tomb temples, called candi (pronounce "chandi"), have also been unearthed. The most impressive and well-preserved of these is located in Pengkalan Bujang, Merbok. The Bujang Valley Archaeological Museum is also located here.
Tel: (62) 21 5268080 - Fax: (62) 21 5268181
E-mail: gran.melia.jakarta@solmelia.com
KUALA PILAH: Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah dalam tempoh 40 tahun di negeri ini.
Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, yang telah menaiki takhta pada April 1967. Istiadat itu adalah unik di Negeri Sembilan kerana pemilihanYang di-Pertuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.
Upacara bermula pada pukul 11 pagi dengan keberangkatan masuk Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ke Balairong Seri didahului oleh Orang Empat Istana membawa Peti Benian.
Istiadat bermula dengan peraturan menghadap Tuanku oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Mohd Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak.
Datuk Bentara Kanan Ibrahim Ujang kemudian hadir ke hadapan singgahsana baginda dan memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat dan kemudian menyeru Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak bagi memulakan tradisi seru menyeru yang dibuat turun-temurun sebelum ini.
"Hai, Bentara Kanan, serukanlah sabda Kami Undang Yang Empat kepada sekalian rakyat tua muda, kaya miskin, hina dina, dalam Alam Negeri Sembilan ini Adapun pada hari ini kami mentabalkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan untuk menggantikan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar yang telah mangkat.
"Dan Tuanku Muhriz ini telah dilantik menjadi Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dimakamkan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya pada hari Isnin, 29 Disember, tahun masihi 2008, serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat mengadap dan menjunjung Duli,"seru Mubarak.
Selepas seruan Mubarak itu, Datuk Bentara Kanan menyambut dengan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.
"Hai, tuan-tuan sekalian, tuan muda, kaya miskin, hina dina, adalah Undang Yang Empat dengan Adat Istiadatnya mentabalkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," seru Datuk Bentara.
Sebaik sahaja selesai upacara itu, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan Daulat sebelum Datuk Bentara Kanan dan kemudian melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.
Istiadat diteruskan dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan beserta tembakan meriam 32 das dari bateri istiadat, Rejiman Askar Melayu DiRaja yang duduk di kawasan luar istana.
Dengan selesainya adat istiadat itu, Tuanku Muhriz rasmilah menjadi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 selepas mangkatnya raja yang ke-10 iaitu, Tuanku Ja'afar pada 27 Dis, 2008.
Tuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah.
Sementara itu, Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya menyeru supaya semua pihak dan pemimpin yang telah dipilih oleh masyarakat mereka memulakan kerjasama untuk kepentingan rakyat dan negeri ini. Perpaduan merupakan elemen terpenting kepada kestabilan dan kemakmuran negara, titah baginda.
"Dengan kekuatan ini, Beta menyeru kepada semua agar bergerak seiring ke hadapan untuk meningkatkan lagi kemakmuran negeri dan negara," titah baginda.
Baginda turut mengajak tetamu mengimbas kenangan baginda semasa kecil ketika menyaksikan perkembangan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Tuanku Munawir serta nenda baginda, Almarhum Tuanku Muhamad.
Baginda menegaskan, nenda-nenda baginda yang pernah menjadi Yang diPertuan Negeri Sembilan telah memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negeri ini malahan nenda baginda, Tuanku Muhamad sentiasa mengalakkan rakyat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris.
Tuanku Muhamad turut menubuhkan sebuah sekolah perempuan di Seri Menanti 100 tahun dahulu yang sebenarnya merupakan satu tindakan yang berani serta inovatif pada masa itu kerana ketika itu, sekolah seperti ini hanya terbuka untuk golongan elit.
Pada peringkat kebangsaan, Tuanku Muhamad bersama dengan Raja-raja Melayu telah menyokong penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Rejimen Askar Melayu Diraja, titah baginda.
.BERNAMA