Thursday, January 07, 2010

P Ramlee and his songs

A very informative posting on P.Ramlee (to me at least) in my mailing list... I hope the writer don't mind me posting it here:
Lagunya yang dinyanyi masa dia muda dan kurus adalah se era dgn lagi satu lagunya berlirikkan "....and then what did I do, i think you pun tahu, sudah tentu I kiss the girl bertalu-talu..." Lain-lain lagunya semasa muda termasuklah lagu-lagu sanjung pompuan spt Junaidah/Baidah/Azizah/Hamidah.

Bila Piramli dah beralih ke umur sedang, dia nyanyikan lagu falsafah spt "...sedangkah lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri..."
atawa lagu dakwa spt "....rukun Islam 5 perkara, marilah kita mengerjakannya..."
atawa lagu manganjurkan peri-kemanusiaan spt "...tolong kami, bantu kami anak-anak yatim piatu..."
atawa lagu lawak spt '.... nasi goreng...bila makan mata naik juling..."
atawa berasaskan lagu-rima kanak-kanak di PPinang spt "Aci aci buka pintu...'
atawa irama popular semasa spt Mambo ( eg 'Quack Mambo') atawa Twist (eg 'IramaTwist') dsb.
Lain-lain adalah yg bersangkutan dgn filem yg dia terlibat spt YaHabibi'Ali Baba..., Aiya Ciksiti pelempuang mayak muler..., Engkau laksana bulan..., Dari Melaka ke Negeri Pahang...., Umpan kutabur 'dah makan, Ikan 'dah makan...
Tunggu sekejab...., manakala setengah-tengahnya pula berkaitan drama hidupnya yg sebenar eg 'Dunia terang menjadi gulita... cahaya hilang...." ketika perkongsian hidupnya dgn Junaidah mengalami keretakan dan lagi 'Dia umpama merak kayangan, sehelai bulunya laksana berlian..... Beta umpama gagak di romba, tak sepadan tak sebaya....' ketika dia diorati seorg permaisuri Sultan.


TeukuNyakZakariaNyakPutih aka P.Ramlee dari KpgRawana/CaunterHall itu adalah geligawan seni.
Dia memilih kata asli Melayu spt '...dihembus pawana....' atawa menggunakan ungkapan salah bg menyatakan maksud keterbalikan darjat spt Permaisuri diperihalkan dgn kata "Dia ... merak kayangan.." tetapi bagi dirinya yang diumpamakan sbg 'gagak (hitam & hina) di rimba'', dia membahasakan dgn gantinama/pronoun for first person 'Beta'.


Ilmu lagunya hebat juga. Satu contoh yang teman tak lupa ialah pernyataan Piramli semasa teman kat UM 1964/5 bhw satu drpd dua lagu yang paling popular masa Konfrontasi ialah 'MalaysiaBerjaya' yang dikreditkan kpd Suria Buana sbg penciptanya, adalah terlalu dekat iramanya dgn sebuah lagu Jepun. Piramli menyanyikan sebahagian lagu itu dlm bhs Jepun kpd kami dlm satu Forum di Lecture Theatre A FakultiSastera. Nasib baik, Kerajaan tak menghiraukan cadangan bbrp org rakyat agar lagu itu menggantikan 'Negaraku'. Jika tidak, kelak lebih teruklah tuduhan terhadap kita bhw lagu saduran menjadi kebanggaan kita.

No comments:

GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...