The end of Federal Highway towards Klang Town. Can you see Bank of China Klang Branch building? (right side of the picture above).
Driving through the flyover to cross over the Klang river towards Southern Klang town. Shopping centre Mydin (left) and ShawCenter point Klang (right).
Klang dengan tema 'Indah dan Permai'
Selamat datang ke Bandar DiRaja Klang. Klang adalah bandar bertemakan "Klang Indah dan Permai". Usaha-usaha mengindahkan Bandar DiRaja Klang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK). Selain daripada usaha pembersihan sungai Klang yang dilaksanakan sepanjang masa, pihak MPK turut memperelok tebing dan kawasan sepanjang sungai misalnya dengan pembinaanTaman Pangkalan Batu iaitu di sepanjang tebing Sungai Klang dalam bandar Klang dan tidak ketinggalan juga pembinaan landskap berhampiran stesen bas awam Klang.
Taman Pangkalan Batu adalah tempat bersejarah di Klang yang diperindahkan oleh Majlis perbandaran Klang.
Bandar Diraja Klang adalah bandar ke-3 termaju di Selangor selepas Shah Alam dan Petaling Jaya yang telah mencapai status sebagai bandaraya. Tidak lama lagi akan muncul pula bandar baru di Klang iaitu Klang Sentral.
Klang, Sungai Klang dan burung hitam
Sejak dahulu, bandar Klang terkenal dengan burung gagaknya. Kempen menembak gagak menawarkan wang tunai RM2.00 - 3.00 untuk setiap bangkai gagak! Burung-burung hitam ini masih lagi dapat dilihat terutamanya di kawasan berdekatan sungai Klang yang tercemar akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab di kawasan hulunya. Walau bagaimanapun, bilangannya tidak sebanyak pada tahun-tahun 80an dan 90an. Dengan keadaan sungai Klang yang lebih terjaga pada masa kini, kebanyakan burung gagak mula berhijrah ke bandar-bandar lain di Selangor.
Sungai Klang membahagikan bandar Klang kepada Klang Utara (kawasan seberang Masjid) dan Klang Selatan (kawasan Pangkalan Batu)
Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan kerja dan kempen pembersihan sungai sepanjang 47 kilometer yang terletak dalam sempadan daerah Klang. Penubuhan Unit Litter-Picking Sungai Klang membuktikan kesungguhan MPK dalam menangani masalah pencemaran sungai yang dianggap antara paling kotor di Selangor mahupun Malaysia.
Keadaan Sungai Klang ketika air pasang. Kini, tiada lagi sampah sarap mengalir bersama-sama aliran sungai.
Klang River is a river which flows through Kuala Lumpur and Selangor in Malaysia and eventually flows into the Straits of Malacca. It is approximately 120 km in length and drains a basin of about 1288 square kilometres. Klang River has 11 major tributaries.
Given the fact that the river flows through Klang Valley which is a heavily populated area of more than four million people, it is considerably polluted. Heavy development has narrowed certain stretches of the river until it resembles a large storm drain. This contributes to flash floods in Kuala Lumpur, especially after heavy rain.
Apa yang menarik di Klang...
Apa yang anda ingin cari apabila datang ke Klang? Apa yang anda ingin lihat dan lawat bila sampai di Klang? Apa tempat yang 'best" ada di Klang? Sesak ke jalan untuk pergi ke Klang? Sama kah Klang dengan Port Klang? Jom kenali Bandar DiRaja Klang! Tidak lengkap lawatan anda ke Klang jika tidak pergi ke Klang Utara dan Klang Selatan yang terpisah oleh Sungai Klang yang terkenal itu!Merentasi sungai Klang melalui dua buah jambatan utama di Klang adalah pengalaman yang menyeronokkan bagi sesetengah orang.
|
Jambatan Kota dikekalkan bagi memberi peluang 'sightseeing' merentasi Sungai Klang, khas untuk pejalan kaki, penunggang basikal, beca dan motosikal.
|
Gambar jambatan di atas diambil dari Taman Pangkalan Batu. Jika anda menyeberangi Jambatan Kota dari sini, anda akan sampai di Jalan Pasar. Jalan Pasar sangat popular kepada peniaga Melayu kerana di situlah terletaknya 'Pasar Jawa' yang popular dalam kalangan penduduk Melayu-Jawa di Klang.
Pasar Jawa adalah "syurga kerepek" di mana terdapat pelbagai jenis kerepek yang segar dijual pada harga yang murah. Pada malam sebelum Hari Raya Aidilfitri, kawasan ini akan sesak dengan kenderaan yang datang dari seluruh daerah Klang, Banting Kuala Selangor dan Shah Alam membuat last minute shopping di Bazaar Ramadhan berhampiran dan juga memborong kerepek.
|
|
The Emporium...Just cross the Jambatan Kota bridge from taman pangkalan batu, you will arrive to Klang City Square. Below the building is an emporium formerly known as Emporium Makan, where you can have some food like Lontong Klang.
|
|
Pasar Jawa di Jalan Pasar, Klang menjadi tumpuan peniaga Melayu-Jawa. Disinilah juga sebuah masjid baru yang besar sedang dibina (gambar bawah)
|
|
Recommendations by Phuah79:PJNet Newbie :: 25 Feb 2008 |
What the nice food in Klang..have a look overhere .. |
1. | Cendol Klang |
| Address: No78, Jalan nanas, 41400 .Klang , Selangor. Business Hour: 11.30am - 7.30pm |
| Price: |
- Cendol Pulut RM 1.70
- Cendol Kacang - RM1.20
|
| Comments: Authentic cendol is found in Klang town since long long time ago..no bad u guy may have a try |
Apa lagi yang menarik di Bandar DiRaja Klang? Makanan? Bangunan-bangunan lama? Mercu tanda, pantai, ada ke? Ramai yang berkunjung ke Bandar DiRaja Klang bukan semata-mata untuk lihat kemajuan pembandaran, bangunan atau tempat-tempat bersejarah di Klang tetapi untuk tujuan lain antaranya ke Pelabuhan Klang - menikmati hidangan di medan-medan ikan bakarnya - atau mungkin beli ikan fresh di Pulau Ketam, tengok orang asli di Pulau Carey, memancing di Pulau Indah dan ada juga yang melalui Klang untuk ke pantai Morib di Banting. Tapi, ada juga yang datang ke Bandar DiRaja Klang semata-mata mencari barang atau aksesori kereta seperti tayar dan sport rim! Ya! Klang Sport Rim memang popular!
Menjadi kegilaan mat kereta...Pelbagai pilihan 'sport rim' boleh didapati di Klang (kawasan jalan Kapar) dengan harga yang murah.
Pusat Perkhidmatan Tayar Jalan Kapar
Ban Hooi Tayar Sdn Bhd 2057-2061, Batu 1, Jalan Kapar, Klang 41400 Selangor, Tel: 03-3342 3146
Hock Li Sdn Bhd 132, Jalan Kapar, Klang 41400 Selangor, Tel: 03-3348 8539
Chin Heng Sdn Bhd 508, Batu 2 1/2, Jalan Kapar, Klang 41400 Selangor, Tel: 03-3341 2633 |
|
Klang Utara Sebagai Pusat Komersial
|
Pusat Bandar Klang Utara ketika sedang menghadapi kesesakan lalulintas pada 2009. Kini, masalah trafik telahpun selesai dengan siapnya projek flyover.
|
|
Bangunan-bangunan perniagaan baru banyak dibina di pusat bandar Klang.
|
|
Tinggal kenangan...operasi bas di hentian bas Klang Utara kini dipindahkan ke Klang Sentral
|
|
Keadaan di sekitar bekas stesen bas di pusat bandar Klang.
|
Sesuai dengan kedudukannya yang lebih hampir dengan Shah Alam dan KL, kawasan Klang Utara memiliki banyak pusat beli belah dan bank dan hotel. Klang City Square, Klang Shaw Center Point, Plaza Metro, Kompleks MPK, Tabung Haji dan Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Klang berada di kawasan ini.Justeru, kawasan ini menjadi tumpuan warga asing termasuklah warga Indonesia, Bangladesh, Nepal untuk berkumpul dihujung minggu. Bagi kebanyakan orang, persekitaran di sini yang dipenuhi dengan warga asing semakin kurang menyenangkan.
Klang Selatan dan Tempat-tempat Menarik
|
Bangunan Pejabat Daerah Klang di Bandar Klang Selatan.
|
|
Gereja Lady of Lourdes di Klang
|
|
Padang Sultan Sulaiman
|
Kebanyakan tempat menarik untuk dilawati berada di Klang Selatan (iaitu bahagian yang menghala ke Pelabuhan Klang). Klang Selatan merupakan pusat pentadbiran Klang. Mahkamah, Pejabat Agama, Istana, Masjid diRaja, Majlis Perbandaran , Pejabat Daerah, perpustakaan, hospital, pejabat pos, sekolah dan kolej terkenal ada di sini.
|
Bangunan Galeri diRaja Sultan Abdul Aziz Shah (dibuka sejak Disember 2007) menyimpan pelbagai koleksi DiRaja Selangor di Klang, berhampiran Little India dan juga Stesen Keretapi Klang.
|
|
Papan tanda elektronik di hadapan Galeri diRaja Klang
|
|
Balai Bomba Klang juga merupakan salah sebuah bangunan bersejarah di Klang.
|
Jika anda ingin menikmati makanan masakan Melayu, cubalah jalan-jalan diKampung Jawa Klang. Ada banyak restoran masakan Melayu di sana dan meriah jika pergi sebelah malam hari. Jika anda datang dari pusat bandar Klang, dalam perjalanan ke Kampung Jawa, anda akan melihat beberapa tempat menarik seperti Istana Alam Shah (1905), Masjid DiRaja Sultan Sulaiman (1932), Stadium Kota Raja (1975), dan juga pusat pengajian Islam terkenal (1955) - Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau lebih dikenali dengan nama Kolej Islam Klang!
Masjis DiRaja Sultan Sulaiman (1932) memiliki senibina kolonial British dengan pengaruh art-deco.
Sultan Sulaiman Mosque - Situated along Jalan Raya Timur in Port Klang.It is a former state mosque. It is a very unique and pictureque mosque. Raja Mahadi Fort - Situated near Kota Bridge on the bank of Klang River in Port Klang. The remains of the fort entrance and some bunkers can be found here at the compound of the Klang Town Council.
Medan Ikan Bakar - Situated at Esplanade facing the Straits of Klang in Port Klang. A place must visit by seafood lovers. Here one can find all kinds of delicious and fresh seafood, grilled, or cooked. Open-air food stalls and dining while viewing the scenary of the Klang Straits. See below for details.
Pusat Bandar DiRaja Klang lebih tertumpu untuk aktiviti perniagaan dan bukan untuk pelancongan resort. Namun, Kerajaan Negeri Selangor ada juga membuat usaha untuk memperkenalkan bandar DiRaja Klang sebagai destinasi pelancongan yang unik di Selangor. Di sinilah terletaknya 'Little India' Malaysia. Bagi pencinta etnik, kawasan ini wajib dikunjungi. Saya juga suka melalui kawasan "Little India" ini, walau pun sesak kerana ia ada keunikannya yang tersendiri.
"Little India", pusat tumpuan golongan peniaga dan masyarakat India telah diiktiraf sebagai salah satu produk pelancongan di Klang
The Little India from Wikitravel.org
The Little India enclave along Jalan Tengku Kelana, Klang is the biggest Indian street in Malaysia. Fierce competition among shop owners translate into cheaper prices for consumers, and people are literally spoilt for choice amidst the rows of shops on the left and right sides of the road, with stalls spilling onto the sidewalks and backlanes. Myriads of items such as saris, colorful accessories such as bangles and necklaces, textiles, stainless steel pots, Indian delicacies, gold and flowers are sold here.
During Deepavali, the street is transformed into a colorful spectacle of light and sound befitting the "festival of light". Most shop owners pool their resources together to decorate the street and the walkways of their shops. The street will be decorated weeks before the actual festival. The atmosphere is eletrifying and traffic will be clogged up as thousands of people make their way from as far as Singapore to make their purchases. Some shop owners will also invite shoppers into their shops to sample delicacies and to celebrate the festival together.
It is easy to be caught up in the throngs of people walking in the narrow walkways, but a little awareness and precaution should be practiced for your own safety. Police patrol the street during the festive season to avoid unwanted incidents and to control traffic flow. Moreover, the Klang main police headquarters is just a stone's throw away from the street. So this area is quite safe for tourists.
Parking in this area is very limited, so it is advisable to take public transport to Little India. The bus station is located at the beginning (or the end to some people) of the street. Take the Metrobus from the junction facing Pasar Seni, Kuala Lumpur, This bus goes all the way to the Klang bus station. Alternatively, you can take the train from KL Sentral and alight at Klang station. Indian Street is only ten minutes away from the train station.
Untuk menggalakkan 'tourism' di Bandar DiRaja Klang, Kerajaan negeri Selangor turut berhasrat menjadikan Istana Alam Shah, iaitu Istana Sultan Selangor di Klang yang dibina pada tahun 1932 sebagai Muzium diRaja Klang. Jika mendapat perkenan Sultan Selangor, ia dijangka akan dapat dibuka pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, kawasan istana yang boleh dilawat terhad di kawasan Balairung Seri dan Dewan Santapan.
Pintu masuk ke Istana Alam Shah, Jalan Istana, Bandar DiRaja Klang.
Istana Alam Shah is the Sultan of Selangor's official palace. It is from here that His Royal Highness carries out his official duties as Sultan and ceremonies involving the Selangor royalty are held here. The palace is located in the south of the royal town of Klang, Malaysia.
Terbaru pada 2008, Klang juga mula menjadi tumpuan orang membeli belah. Ada 2 buah pusat beli belah Jusco di Klang, tapi Jusco Bukit Tinggi Klang adalah pusat beli belah Jusco terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan ruang niaga 1,000,0000 kaki persegi! Anda pasti teruja melihatnya...Satu lagi Jusco (yang lama) lama di Bandar Baru Klang (kawasan Bukit Raja). Tidak susah untuk datang ke sini kerana ia sangat hampir dengan KESAS Highway.
Bandar Bukit Tinggi, Klang
Located at the new and rapidly growing Southern Corridor of Klang, the township is equipped with good infrastructure and easy access to the Port Klang and West Port. In fact, Bandar Bukit Tinggi is now a magnet for much of Klang’s business activities. With the proximity of major highways such as the Kuala Lumpur-Shah Alam (KESAS) Expressway and New Klang Valley Expressway (NKVE), this thriving development enjoys good accessibility to Shah Alam, Petaling Jaya Kuala Lumpur and other major hubs along the NKVE.
This township counts among its neighbours Bandar Botanic, Glenmarie Cove and Bandar Puteri Klang. With more than 100 food outlets (and counting!) of all kinds already open here, Bandar Bukit Tinggi is also making a name for itself as a culinary haven. Current offerings include everything from the unassuming mamak and hawker stalls to bak kut teh, steamboat, Kajang satay, Western, Asian, fast food and vegetarian restaurants.
Dalam beberapa tahun akan datang, Klang akan dilengkapi dengan sebuh terminal pengangkutan awam baru di Klang Sentral, sebuah lagi pembangunan hartanah yang baru dan sangat berpotensi untuk maju di bandar Klang.
Ilustrasi bandar baru Klang Sentral yang sedang giat dimajukan.
Klang sentral telah dihubungkan dengan lebuhraya Persekutuan dengan pembinaan lebuhraya baru. Ini menjadikan kedudukan Klang Sentral begitu stategik. Tidak hairanlah, walaupun Klang Sentral belum siap sepenuhnya, tetapi taman perumahan mega dan pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, Carrefour dan Giant telah dibina lebih awal.
Melawat Kesan Sejarah di Bandar DiRaja Klang
Selain daripada itu, Klang juga adalah bandar yang bersejarah di Selangor. Jika anda ingat, mengapa Perang Kelang berlaku pada 1867? Perang Klang meletus pada 1867 ekoran tuntutan Raja Mahadi ke atas daerah Klang daripada Raja Abdullah. Raja Mahadi adalah putera Sultan Sulaiman yang pernah memerintah Klang.
Bekas tapak Kota Raja Mahadi di atas bukit di mana bangunan Majlis Perbandaran Klang didirikan.
Jadi, jika berkunjung ke Klang, anda boleh melawat bekas tapak Kota Raja Mahadi dan Masjid Sultan Sulaiman yang indah di bandar diRaja Klang.
Kesimpulan
Dengan kepesatan pembangunan hartanah di Klang dan kawasan sekitarnya - Meru, Setia Alam, projek perluasan kampus UiTM, Klang Sentral, Bandar Baru Klang, Bandar Bukit Tinggi, Taman Botanic, Taman Parklands dan banyak lagi kawasan projek perumahan mega di Klang, laman Web ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada anda yang ingin berhijrah dan menetap di Klang.
Mohd Azeri Hairuddin, Klang, Selangor.
|
No comments:
Post a Comment