Monday, June 30, 2008

DYTM Raja Nazrin Shah's Address at MCKK June 2008

TITAH DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH

DI MAJLIS HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH 2008
THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
TARIKH: 21 JUN 2008 (SABTU), JAM: 9.30 PAGI
TEMPAT: THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Bismillahi Rahmani Rahim.

Segala puji milik Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam yang menguasai segala khazanah ilmu dan lautan pengetahuan. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para Sahabat Baginda seterusnya kepara para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

2. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana dengan izin dan rahmat dari Nya jua, Beta sekali lagi dapat berangkat ke Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

(photo from http://www.mckk.edu.my/index.php?option=com_ponygallery&Itemid=29&func=detail&id=140)

3. The Malay College Kuala Kangsar atau MCKK adalah institusi pendidikan yang akar sejarah penubuhannya berkait rapat dengan istana. MCKK ditubuhkan hasil gema suara istana. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berperanan sebagai penggerak utama kepada penubuhan Kolej ini. MCKK adalah produk, hasil cetusan Raja-Raja Melayu kerana Duli-Duli Yang Maha Mulia itu amat prihatin akan pentingnya anak-anak Melayu diperlengkap dengan pendidikan berkualiti tinggi. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu insaf betapa pentingnya anak-anak Melayu yang merupakan peribumi di Tanah Melayu ini dibekalkan dengan ilmu—diperlengkap dengan pengetahuan. Sesungguhnya, 100 tahun yang lalu, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu telah memiliki wawasan jauh dan pemikiran radikal untuk mempersiapkan bangsanya berupaya menghadapi cabaran dunia di hari muka. Lalu MCKK ditubuhkan dalam tahun 1905 di Bandar Di Raja Kuala Kangsar.

4. Setelah mencapai 100 tahun penubuhannya dengan kehendak ILAHI juga, Beta telah diberikan amanah memenuhi tanggung jawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK. Dengan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, MCKK telah dimasyhurkan sebagai sebuah institusi Warisan Bangsa dan Negara. MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini. Beta insaf betapa pentingnya kualiti—betapa mustahaknya taraf pendidikan di Kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia, agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan; agar keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan. Atas keinsafan itu, pada tahun 2005, Beta telah menyuarakan kesediaan Lembaga Pengelola untuk melaksanakan program International Baccalaureate (IB) di Kolej ini. Suara tersebut telah mendapat sokongan padu dari Malay College Old Boys Association (MCOBA). Alhamdulillah, niat murni dan hasrat baik tersebut telah diberikan persetujuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Berdasarkan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK dari segi bentuk—dari segi tenaga pengajar—dari segi kurikulum—dari segi kokurikulum haruslah mempunyai keunikan. Negara haruslah melihat kedudukan MCKK dari kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan institusi-institusi pendidikan yang lain. Beta amat menghargai peranan MCOBA dan bekas-bekas pelajar MCKK yang senantiasa memberikan komitmen, membantu usaha-usaha untuk membangun dan memajukan MCKK. Yang Amat Berbahagia Tun Mohammed Hanif Omar bersama Tuan Haji Khalilur Rahman serta disokong oleh beberapa bekas pelajar MCKK kini sedang melakukan inisiatif untuk menubuhkan The MCKK FOUNDATION, sebuah yayasan untuk membantu usaha-usaha membangunkan MCKK supaya terus kekal sebagai sebuah kolej pengajian yang terbilang tanpa terlalu bergantung pada sumber kewangan kerajaan. Beta disembah maklumkan bahawa beberapa institusi, badan-badan perniagaan dan juga tokoh-tokoh dari kalangan bekas pelajar telah memberi komitmen untuk membantu menjayakan hasrat yayasan ini dengan sasaran permulaan tabung bernilai sepuluh juta ringgit.

6. Lembaga Pengelola bersama MCOBA juga sedang berusaha mencari sumber kewangan untuk menambah kepada peruntukan asas yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan dewan baru. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan hanya cukup untuk membina sebuah dewan biasa. Selaras dengan semangat mahukan MCKK memiliki identiti sebuah institusi pendidikan yang unggul, kata sepakat telah dicapai supaya dewan baru yang akan dibina, memiliki reka bentuk, nilai-nilai estetika, fungsi dan kemudahan yang dapat memberi kebanggaan kepada warga MCKK; di samping dewan baru tersebut dapat menyediakan kemudahan untuk membantu proses mengasah perkembangan bakat dan proses mengasuh pertumbuhan potensi pelajar. Beta amat menghargai sokongan yang diberikan secara fikiran, kepakaran, tenaga dan komitmen kewangan dari bekas-bekas pelajar untuk menrealisasikan usaha ini.

7. Setiap langkah baru yang dirintis, adalah kesinambungan usaha bagi memenuhi aspirasi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang begitu prihatin terhadap kualiti pendidikan anak bangsanya yang telah dizahirkan sejak lebih seratus tahun dahulu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ketika itu amat menyedari betapa pentingnya anak bangsa pewaris bumi, diperkukuh dengan iman—diperlengkap dengan pengetahuan, supaya bangsa Melayu itu di hari muka, tidak menerima nasib malang, bagaikan ayam kelaparan di kepuk—bagaikan itik kehausan di air. Betapa malangnya bangsa jika menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri, jika terpaksa bermusafir di bumi sendiri. Kerana itu, bangsa perlulah kuat dari segala aspek, supaya terus gagah—terus perkasa, berhati cekal—bersemangat waja; berupaya mendaki gunung yang tinggi, bertenaga menyeberangi laut yang dalam.

8. Untuk menrealisasikan wawasan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu itu, dan untuk memastikan impian bangsa menjadi nyata, warga MCKK wajib memelihara etos kecemerlangan. Warga MCKK hendaklah terus mempertahankan tradisi kegemilangan. Dan anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh—terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan—hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus—menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung—mencantas dahan tempat bergantung. Kejayaan anak bangsa di hari ini adalah atas pengorbanan—atas keringat—atas kesusahan—atas usaha generasi dahulu. Bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan—bangsa yang tamadunnya kekal agung, adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu.

9. MCKK adalah tempat terkumpulnya anak bangsa yang terpilih dari kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik. Di sinilah cerdik pandai Melayu dikampungkan dari usia yang begitu muda. Di sinilah asuhan—di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun. Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap—untuk dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya—kepada negaranya. Bisikkan kepada mereka akan petua orang-orang tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia, pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi terlalu banyak musang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan—negeri beraja.

10. Beta menzahirkan ucap tahniah kepada para pelajar yang telah mencapai tahap hingga melayakkan mereka menerima penganugerahan pada pagi ini. Bersyukurlah atas kejayaan ini dan perlihatkanlah sifat bersyukur itu dengan memberi penghargaan sewajarnya kepada mereka yang telah banyak berjasa membantu kejayaan saudara-saudara, terutama sekali ibu-bapa dan para guru. Perlihatkan sifat kesyukuran itu nanti dengan kembali untuk membantu MCKK menjadi lebih terbilang. Buktikan tanda kesyukuran itu dengan memberikan pembelaan kepada bangsa dan nusa. Insaflah bahawa kejayaan itu adalah kurniaan ILAHI, bersyukurlah kepada ILAHI, jadilah anak yang soleh, jadilah warga yang setia kepada Raja dan negaranya, jadilah Muslim yang bertakwa.

Wabillahi taufik walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, June 27, 2008

Kata-kata Hikmah

Received this from a friend.

If you don't have an objective in life, any cause could be one
Si tu n'as pas un but dans la vie, tout peut servir comme un but.

** ** ** **

يوجد دائماً من هو أشقى منك ، فابتسم

There is always one who suffers more than you do, so you should be optimistic
Il y a toujours quelqu'un qui souffre plus que toi , donc soit optimiste

** ** ** **

يظل الرجل طفلاً حتى تموت أمه ، فإذا ماتت شاخ فجأة

A man will continue acting like a child until his mother's death, then he will age in a sudden
L'homme continue agir comme un enfant jusqu'à la mort de sa mère,
à ce moment là, il vieillira d'un seul coup

** ** ** **

عندما تحب عدوك يحس بتفاهته

When you love your enemy is when he feels of his emptiness
C'est quand tu aimes ton enemi, c'est là quand il sent qu'il vaut rien

** ** ** **

إذا طعنت من الخلف فاعلم أنك في المقدمة

If you have been betrayed from behind the scene,
then you should be proud because you are the only one who is in front
Si quelqu'un t'as trahi sans ta connaisance, mais parce qu'il est jalous que tu es en avant.

** ** ** **

الكلام اللين يغلب الحق البين

The soft words are more powerful than the naked truth
Les mots doux sont beaucoup plus puissants de la vérité nue

** ** ** **

كلنا كالقمر .. له جانب مظلم

We are all like the bright moon, we still have our darker side
On est tous comme la lune, nous avons en nous ce c?té sembre

** ** ** **

لا تتحدى إنساناً ليس لديه ما يخسره

Don't challenge someone who has nothing to loose
Ne lance pas un défi à quelqu'un qui n'a rien à perrdre

** ** ** **

العين التي لا تبكي لا تبصر في الواقع شيئاً

The eye which doesn't know the meaning of tears, it doesn't know anything of value
L'oeil qui ne connait pas des larmes, elle ne connait rien de valeurs.

** ** ** **

المهزوم إذا ابتسم أفقد المنتصر لذة الفوز

Si le vaincu continu à garder son sourire il force le vainceur de perdre la jouissance du victoire
If the loser keeps his smile the winner will loose the thrill of victory.

** ** ** **

لا خير في يمنى بغير يسار

No benefit of a right without a left.
Aucun profit d'une droite sans la gauche

** ** ** **

الجزع عند المصيبة، مصيبة أخرى

The panic from a catastrophe is another catasrtophe
La panic dans un cas catastrophique un une catastrophe

** ** ** **

الابتسامة كلمة معروفه من غير حروف

The smile is a famous word without letters
Le sourire est un mot sans caractères

** ** ** **

اعمل على أن يحبك الناس عندما تغادر منصبك، كما يحبونك عندما تتسلمه

Be cheerful when gettin-out as when you coming-in
Soit acceuillant à ton départ comme à ton arrivé

** ** ** **

لا تطعن في ذوق زوجتك، فقد اختارتك أولا

Don't be critic to yor wife's taste, she is the one who selected you at the first place.
Ne soit pas criticant du go?t de ta femme, rappele-toi qu'elle ta choisie au premier lieu

** ** ** **

لن تستطيع أن تمنع طيور الهم أن تحلق فوق رأسك ولكنك تستطيع أن تمنعها من أن تعشش في راسك

You can't chase worries flying over your head but you can do preventing them from nesting in your head
Tu ne peux pas empêcher les craintes de voler en sessus de votre tête mais tu peux les empêcher de faire un nid dans ta tête

** ** ** **

تصادق مع الذئاب .. على أن يكون فأسك مستعداً

Dive with the shark but beware not to be swallowed
Nage avec les requins mais fais attention de ne pas être avaler

* ** ** **

ذوو النفوس الدنيئة يجدون اللذة في التفتيش عن أخطاء العظماء

The demeanour will be thrilled in finding out a mistake of his great rival
** ** ** **

إنك تخطو نحو الشيخوخة يوماً مقابل كل دقيقة من الغضب

Every minute of anger will get you one more year older.
Chaque minute de colère vous rend un an plus vieux

** ** ** **

end and don't

إن بعض القول فن .. فاجعل الإصغاء فناً

Elocution is an art so let listening be a similar art
La diction est une art Il faut donc considerer l'écoute comme une art semblable

** ** ** **

الذي يولد وهو يزحف ، لا يستطيع أن يطير

The impossible can never become possible
L'impossible est impossible

** ** ** **

اللسان الطويل دلالة على اليد القصيرة

The gift of gab is a proof of jealousy
La langue pendue est une preuve de la jalousie.

** ** ** **

نحن نحب الماضي لأنه ذهب، ولو عاد لكرهناه

We have nostalgia for the past because it is gone. If it comes back we would hate it.
Nous avons la nostalgie pour le passé parce que nous l'avons quitté, mais si il retournera nous allons le détester.

** ** ** **

من علت همته طال همه

The one whose ambition is great so his worries
Celui qui as beaucoup d'ambition il a beaucoup de souci

** ** ** **

من العظماء من يشعر المرء فى حضرته أنه صغير ولكن العظيم بحق هو من يشعر الجميع في حضرته بأنهم عظماء

People feel small in the presence of some of the great personality, , yet the greatest is the one who let all around him feel great as well
Des gens qui sentent tout petit devant une grande personalité, cependant une personne est digne d'être appeler grand est celui qui laisse chaque personne de son entourage sentir important

** ** ** **

من يطارد عصفورين يفقدهما معاً

Celui qui chasse deux oiseaux en même temps il les perd tous les deux
Chase two birds at the same time and you will loose both.

** ** ** **

المرأة هي نصف المجتمع ، وهي التي تلد و تربي النصف الآخر

The woman is half the society and the one who educates the other half
La femme est la moitié de la société et c'est elle qui élève l'autre moitié

** ** ** **

لكل كلمة أذن، ولعل أذنك ليست لكلماتي، فلا تتهمني بالغموض

For every word their is a listener and probably my words don't suit your ears. So please don't accuse me of being ambiguous
Pour chaque mot en trouvera un écouteur et probablement mes mots ne te coviennent pas. Donc s'il te plait ne m'accuse pas d'être un ambigu

** ** ** **

كلما ارتفع الإنسان تكاثفت حوله الغيوم والمحن

As more higher up one rises to as more clouds and problems will surround him.
Plus que la personne s'élevera plus que ses problèmes s'accroîtera

** ** ** **

لا تجادل الأحمق ، فقد يخطئ الناس في التفريق بينكما

Don't argue with an ignorant for it will be hard for people to differentiate between you
Ne pas discuter avec un ignorant, le monde seront mélés entre vous

** ** ** **

الفشل في التخطيط يقود إلى التخطيط للفشل

The failure in planning will lead in planning to failure
L'échec en planification mènera en planification vers l'échec

** ** ** **

قد يجد الجبان 36 حلاً لمشكلته ولكن لا يعجبه سوى حل واحد منها وهو .. الفرار

The coward will find 36 solutions to his problem but the one will like most is fleeing
Le lâche trouvera 36 solutions pour son problème mais le plus qu'il préférera c'est de fuire

** ** ** **

شق طريقك بابتسامتك خير لك من أن تشقها بسيفك

Better set your path with a smile than with a sword
Mieux creuser ton chemin avec un souris que le creuser avec une épée

** ** ** **

من أطاع الواشي ضيَع الصديق

If you listen to the telltale you will lose the friend
Si tu écoutes le rapporteur tu perds l'ami

** ** ** **

أن تكون فرداً في جماعة الأسود خير لك من أن تكون قائداً للنعام

Better being a cub in thfamily of Lions than being a king of the ostriches
Mieux d'être un lionceau dans une famille des lions qu'un roi des autruches

GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...