Sunday, July 29, 2012

Thursday, July 26, 2012

%$#@ the torch

my Torch finally died on me tonite.... it kept on rebooting and the screen went blank.. so much for efforts of changing the ribbon cable for the umpteenth time 2 weeks ago....

whats next? mmmm a Bold 9900 or DAKOTA

Why wont I change to iPhone? My dainty fingers just can't dance on the small keyboard on the screen. Ahhh shuccksss. With the big keyboard on the 9900, I guess I'm far more comfortable.

Aghh tech stuff.. can't keep up with it, can't really live without it


Tuesday, July 17, 2012

Basil Thai Nudle Bar @ Bangsar Shopping Village

dinner with Mr Ika and her dauther Salsa, together with Mr Rashid.. with Aini and Udin at Basit @ Bangsar.




 clear tom yam with kue teow

 red tom yam with noodles





otak-otak.. fusion

Basil Thai Nudle Bar @ Bangsar Shopping Village ...
Contact: Lot G10,Ground Floor, Bangsar Village, 1 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru,59100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2287 8708 website: http://www.seacuisine.com.my/cms/restaurant.aspx?rid=8






Sunday, July 15, 2012

@ kembang goela, jakarta

Published with Blogger-droid v2.0.4

@ medan baru, krekot

Published with Blogger-droid v2.0.4

@ morrissey

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, July 11, 2012

Azah Aziz: Kartika di Langit Seni


Azah Aziz: Kartika di Langit Seni  Azah Aziz: Kartika di Langit Seni 

PENULIS / PENYELENGGARA: Zaharah Nawawi
PENTERJEMAH:
PENERBIT: DBP
NO. KK: 920 865751
ISBN: 9836261672
TAHUN: 2002
HALAMAN: 145

Buku ini merakamkan biografi seorang budayawan negara semasa kanak-kanak hingga tahun 1993. Kehidupan Azah Aziz ketika zaman kanak-kanak dan remaja wajar diamati oleh golongan remaja kerana ia mengisahkan kegigihan Azah dalam mengaharungi liku-liku hidup yang mencabar ayah beliau meninggal dunia. Sikap positif dan yakin pada diri sendiri yang ditunjukkan oleh Azah dapat dijadikan teladan oleh para remaja agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.

Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, better known Azah Aziz (1928-2012)

from: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm






DIA seorang yang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya penuh kelembutan.
Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan masa, di mata kebanyakan orang beliau adalah seorang wanita yang sempurna.
Namun, di sebalik kesantunan wanita berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab itu tersemat kekuatan dan keteguhan dalam dirinya yang sukar digugat oleh sesiapa.
Sharifah Azah Mohamed Alsagoff bukan hanya figura yang disegani dalam bidang budayawan, malah sejarah panjang hidupnya memberikan impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara.
Kehebatan itulah membuatkan permaisuri dalam hidup tokoh akademik tersohor negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, itu sentiasa memukau ramai bak sebutir permata yang bersinar.
Namun semalam, wanita yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun. Beliau yang meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pemergiaan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu bukan sahaja mengejutkan, bahkan ditangisi ramai. Negara kehilangan wanita yang selama ini begitu teguh mempertahankan nilai budaya agar tidak dimamah zaman.
Menyelusuri jejak hidupnya, Azah ternyata bukan lahir dalam calang-calang keluarga. Beliau merupakan cucu kepada Datuk Jaafar Mohamed yang juga Menteri Besar pertama Johor dan pak ciknya, Datuk Onn Jaafar merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Azah bergelar anak yatim apabila kehilangan ayahnya ketika beliau berusia dua tahun di Singapura. Ketika itulah, ibunya Azizah Jaafar membawa Azah dan abangnya, Syed Omar untuk dibesarkan di Johor.
Dari detik itulah, Azizah sememangnya orang yang paling memberi impak dalam kehidupan Azah.
Azizah bukan sahaja mengajar Azah erti kekuatan, malah menunjukkan jalan kepada Azah dalam bidang kewartawanan.


AZAH (kiri) banyak kali menerima anugerah penghargaan daripada pelbagai pihak semasa hayatnya kerana sumbangan beliau kepada msyarakat.



Menjadi wartawan
Selepas bergelar setiausaha kepada Ketua Pengarang New Strait Times, Tan Sri Leslie Hoffman pada tahun 1957, Azah kemudian ditawarkan menjadi wartawan. Ibunya sendiri merupakan Pengarang Ruangan Wanita di akhbar Berita Harian, sebelum Azah mengambil alih jawatan itu dua tahun kemudian.
Selepas 12 tahun di Berita Harian, Azah kemudiannya menerima pelawaan untuk bertugas pula di Utusan Melayu sebagai Pengarang Rencana. Di Utusan Melayu, kerjaya dan nama Azah semakin disegani. Ini termasuklah apabila beliau merintis dan diberi kepercayaan sebagai Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama).
Mengimbas detik itu, bekas ahli politik dan tokoh wartawan negara, Tan Sri Zainuddin Maidin memberitahu, beliau mengenali Azah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah ketika berganding bahu dalam akhbar Utusan Malaysia satu ketika dahulu.
Kata Zainuddin, ketika itu beliau sendiri merupakan Pengarang Utusan Malaysia, manakala Azah pula merupakan Pengarang Rencana.
“Sepanjang bekerja di akhbar berkenaan, Kak Zah banyak menulis mengenai kebudayaan dan kesusasteraan Melayu di samping hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan kaum wanita di negara ini,” katanya.
Zainuddin menambah, tidak ramai yang mengetahui Azah juga merupakan salah seorang individu di sebalik kelahiran akhbar sisipan Mingguan Malaysia, Pancaindera yang terus kekal popular sehingga kini.
Ujarnya, sebelum itu, beliau telah mencadangkan agar Mingguan Malaysia mengeluarkan akhbar sisipan baharu berbentuk tabloid sebagai alternatif dalam memenuhi kehendak pembaca di samping menyaingi pesaingnya daripada penerbitan lain.
“Ketika itulah, Kak Zah tampil memberi idea agar sisipan baharu itu dikenali sebagai Pancaindera, malah beliau juga antara salah seorang penyumbang utama dalam sisipan berkenaan.


AZAH bersama Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Azlan Shah (kiri) dan suaminya, Ungku Abdul Aziz pada Majlis Istiadat Konvokesyen UM tahun 2005.



“Biarpun hanya mempunyai lapan muka akhbar sisipan baharu itu, tetap padat dengan pelbagai kandungan dan informasi sekali gus menarik minat pembaca.
“Dalam tempoh dua bulan ia diterbitkan, ia telah melonjakkan jualan Mingguan Malaysia berbanding jumlah asalnya iaitu 70,000 naskah,” ujar beliau.
Pejuang budaya
Kecintaan Azah terhadap sastera dan budaya bukan sahaja jelas terpancar melalui penulisannya, bahkan melalui tutur kata dan penampilan beliau.
‘Tidak perlu menggandingkan kebaya dengan jean’, ‘baju kurung potongan klasik mengikut negeri di Malaysia sudah cukup istimewa’ dan ‘kenapa perlu dimodenkan reka bentuk baju kurung atau diganti jenis kainnya?’, adalah antara petikan kata-kata Azah yang membuktikan keteguhan beliau mempertahankan keaslian tradisi.
Sepanjang masyarakat mengenali beliau sama ada di media massa mahupun yang pernah bertemu depan mata dalam acara tertentu, pasti maklum akan ketekalan imej penampilan Azah.
Cukup hanya berhiaskan aksesori ringkas, beliau sentiasa tampak anggun dalam persalinan baju kurung pesak Johor yang mengangkat elemen warisan negeri tempat beliau bersekolah dan membesar. Azah setia pada busana itu lantas membentuk personaliti serta jati dirinya.
Semalam, kepulangan beliau ke rahmatullah turut dirasai oleh sekalian komuniti budayawan.
“Beliau akan diingati kerana penglibatannya dalam memperjuangkan seni budaya dari zaman muda hinggalah ke penghujung usia, khususnya yang berkaitan dengan busana warisan.


AZAH juga aktif menyampaikan seminar kepada mahasiswa mengenai penulisan kreatif dan deskriptif.



“Azah tidak pernah jemu melestarikan budaya tradisi yang dipegangnya, malah kita sedia ketahui betapa beliau sering memakai baju kurung Johor dalam apa juga acara yang dihadirinya,” ujar Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Md. Ismail Zamzam ketika dihubungi Kosmo!.
Tambah Md. Ismail, sumbangan Azah dalam memartabatkan seni budaya begitu mulia dan harus dipandang tinggi. Jasa Allahyarhamah perlu dihargai kerana usaha menghimpunkan maklumat, artikel penulisan dan busana tradisi untuk dijadikan sumber rujukan, buku bacaan serta koleksi akademik mahupun peribadi.
“Beliau ialah seorang pejuang budaya. Kehilangannya adalah satu kerugian buat komuniti budayawan, rakyat negeri ini dan juga Malaysia keseluruhannya,” ujar Md. Ismail.
Penampilan dikagumi
Selain pemergiannya dirasai keluarga dan teman-teman seangkatan, Azah turut dikagumi oleh generasi muda masa kini. Salah seorang yang menyanjungi beliau ialah Nori Tun Abdullah, iaitu anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood.
“Saya amat menghargai kesungguhan beliau mempromosikan tekstil serta kraf tangan tradisional Melayu. Beliau bukan sahaja seorang yang memperjuangkan warisan kita secara lisan atau bertulis, malah juga dari segi perwatakan dan pakaian,” ujar Nori.
Lebih membanggakan, Azah turut mendorong menyemarak gagasan anjakan minda kepada kelahiran wanita Melayu yang berkeyakinan, positif dan luhur.
“Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa beliau adalah antara mereka yang terawal memperjuangkan hak dan nasib wanita di negara kita,” ujar Nori.
Tambah beliau, Azah juga diingati sebagai insan yang begitu tekun mengenengahkan resam budaya bangsa menerusi penulisan beliau. Antara judul buku tersebut ialah Sayang: Pantun dan Seloka Kanak-Kanak yang padat dengan pantun dan puisi nasihat dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami oleh anak-anak kecil.
Rujukan menulis
Sementara itu, Pengarang Kanan Unit Majalah Keluarga di Utusan Karya, Normala Hamzah yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia sekitar tahun 1980-an memberitahu, Azah ibarat ibu untuk tujuan rujukan mengenai penulisan.
“Sebagai wartawan yang kurang berpengalaman ketika itu, saya menjadikan Azah Aziz sebagai individu penting untuk rujukan sebelum menulis terutamanya mengenai fesyen, busana tradisional Melayu, budaya dan sebagainya.


HASIL perkongsian hidup bersama Azah dan Ungku Aziz, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Zeti Akhtar (kiri) yang kini menjadi Gabenor Bank Negara.


“Para pengarang berita dan rencana dahulu juga menggalakkan wartawan baharu untuk mendapatkan pandangan beliau kerana beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas,” katanya yang terkejut dengan berita pemergian ikon budayawan itu semalam.
Normala memberitahu, sepanjang mengenali Azah, beliau adalah seorang individu yang lemah lembut, penyayang dan tidak lokek dengan senyuman.
“Walaupun tidaklah begitu rapat dengan beliau, tetapi peluang menemubual beliau sepanjang bertugas di Utusan Malaysia ketika beliau menjadi penulis jemputan memberi peluang kepada saya mengenali sedikit karakternya.
“Beliau mempunyai naluri keibuan yang sangat kuat dan ia terserlah melalui karakternya,” kata Normala.

Saturday, July 07, 2012

nikah Aimi & Dini


 mat sibuk

the men from the guy's side

the girls from the bride's side

akad nikah..



husband and wife

Sunday, July 01, 2012

Dangerously In Love - Beyonce Knowles

Destiny's Child - Dangerously In Love Live In Rotterdam 2002





"Dangerously In Love"

I love you... I love you, I love you

Baby I love you, you are my life
My happiest moments weren't complete if you weren't by my side
You're my relation and connection to the sun
With you next to me, there's no darkness I can't overcome
You are my raindrops, I am the seed
With you and God, who's my sunlight, I'm blooming, grown so beautifully
Baby I'm so proud, proud to be your girl
You make the confusion go all away from this cold and misty world

I am in love with you (in love) You set me free
I can't do this thing called life without you here with me
Cause I'm dangerously in love with you (in love) I'll never leave
Just keep loving me the way I love you loving me

I know you love me, love me for who I am
Cause years before I became who I am, baby you were my man
I know it ain't easy, easy loving me
I appreciate the love and dedication from you to me
Later on in my destiny I see myself having your child
I see myself being your wife and I see my whole future in your eyes
The thought of all my love for you, sometimes makes me wanna cry
I Realize all my blessings, I'm grateful to have you by my side

Every time I see your face, my heart smiles
Every time it feels so good, it hurts sometimes
Created in this world to love, to hold, to feel, to breathe
To live you
Dangerously in love, yeah

Dangerously (dangerously)
Dangerous, dangerously in love with you
Oh, I love you, I love you, I love you, I love you
I love you.. oh yes..

GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...