Thursday, May 29, 2014

Perak Sistem Pewarisan Takhta Tiga [3] Cabang Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Posted on May 2, 2013 in https://sembangkuala.wordpress.com/category/perak-sultanate/


Sistem Pewarisan Takhta Tiga [3] Cabang Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah.
Posted on May 2, 2013 in https://sembangkuala.wordpress.com/category/perak-sultanate/


Bakal-bakal Raja1

Tiga Cabang Keluarga : Paduka Seri Sultan Alang Iskandar, Raja Muda Abdul Aziz dan Raja Bendahara Yussuf Izzuddin Shah

Sistem menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Namun sistem pewarisan secara bergilir mengikut keluarga ini jua meletakkan bahawasanya setiap keluarga dari tiga cabang akan bergelar Raja Pemerintah Negeri Perak. Tiga (3) cabang keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah sebagaimana yang dijelaskan didalam Dewan Negara.

Sistem yang unik ini sangat sukar untuk difahami, maka ketelitian amat penting bagi memastikan sistem yang unik ini menjadi simbol kesentosaan dan kesejahteraan negeri. Para pembesar iaitu ahli Dewan Negara Perak amat mengetahui keunikan sistem pewarisan bergilir melalui ketiga-tiga cabang ini, sebagaimana mengikut adat dan tradisi  yang telah terlaksana sekian lama.

DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar Ibni Alamrhum Raja Muda Musa
Tiga (3) cabang Keluarga DiRaja yang memerintah secara bergilir yang dimaksudkan merujuk kepada perincian dibawah. 
Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah adalah merujuk seperti berikut :- 

- Y.A.M. Raja Bendahara Alang Iskandar Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Tengah Ahmad.
- Paduka Seri Sultan Yusuf Sharif ud-din Muzaffar Shah Ghafiru’llah ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’llah Muhammad Shah I ‘Atiku’llah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu ‘Abdu’l-Rahman.


- Paduka Seri Sultan Abdu’llah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Tengah Ahmad 
[anak cucu cicit Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II telah diharamkan untuk menjadi Sultan Perak tetapi pada tahun 1915, putera sulung Sultan Abdullah iaitu Raja Ngah Mansur bersama-sama dengan adiknya, Raja Chulan, Raja Abdul Malik, Raja Ahmad Hamid, Raja Said Tauphy telah memohon kepada British untuk membatalkan pengharaman keturunan Sultan Abdullah sebagai pewaris takhta Kesultanan Perak, walaupun pembatalan sebagai pewaris takhta kesultanan diberikan namun, ianya bukan lah memberikan Waris Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Paduka Seri Sultan Perak, hanya lah sekadar pewaris raja bergelar yang lebih kanan didalam Raja Bergelar yang tidak boleh sama sekali bergelar Tuanku, namun takkala Paduka Seri Sultan Yussuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah berkenan melakukan istiadat pemasyhuran pindaan Undang-Undang Tubuh Perak pada 27.9.1954, maka berlaku pindaan yang menetapkan bahawa Gelaran Raja Bendahara diganti semula kepada gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara maka secara tidak langsung gelaran Raja Di Hilir Perak yang sebelum ini merupakan didalam kelompok Raja Bergelar Paling Kanan. [ Taraf Raja Di Hiir Perak sewaktu ketika dahulu boleh di lihat didalam Buku Lembaga Adat Orang Melayu Perak Zaman Purbakala] mengambil tempat dengan martabat Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Dihilir. Namun sebagai galas gantinya Raja Muda Musa mengambil tempat didalam kedudukan cabangan keluarga ini sehingga ke hari ini] 

Disebabkan terdapat beberapa kepincangan maka tiga cabang keluarga ini di buat pembaharuan namun masih diteruskan cabang sistem pergiliran keluarga yang dipraktikkan seperti dahulukala. Paduka Seri Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang dari keluarga ISKANDAR telah meneruskan cabang keluarga yang di sebutkan.

- Paduka Seri Sultan Sir’ Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah, 
- Paduka Seri Sultan Sir’ Iskandar Shah al-Kaddasullah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah, 
- Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Mu’azzam Shah Waliu’llah, 
__________________________
- Raja Muda Perak – Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Yusuf Izzuddin Rathiu’llah Ghafaru’llahulahu Shah ibni al-Marhum Sultan Sir ‘Abdu’l Jalil Nasir ud-din Muhtaram Shah,
- Raja Di Hilir Perak – Raja Ja’afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz ibni al-Marhum Raja Muda Musa,

- Raja Kechil Besar Perak – Raja Iskandar Zulkarnain ibni al-Marhum Sultan Idris al-Mutawakil Allah Shah Afifu’llah Ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasu’llah, 
Cabang Sistem Pewarisan Takhta Perak
.Adat yang di aplikasikan ini sememangnya membentuk satu semangat kekeluargaan yang tinggi dan membina keutuhan kasih sayang kekeluargaan. Andai rosaknya sistem yang indah dan cantik ini maka akan rosaklah keindahan sesebuah negeri.



Cabang Sistem Pewarisan Takhta Perak
.
DYAM Raja Di Hilir Perak - Raja Ja'afar Ibni Alamrhum Raja Muda Musa

No comments:

GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...