I am very thankful to
Ashraf for giving away free e-book on Chili - guide to planting chilli. He even made available a
DIY set for those interesting in doing chili on their own. I've been looking in a few websites about chili and fish but most websites sell their e-book. Have a look at the
Pejabat Pertanian Manjung website and they put up quite a lengthy information on quite a few issues relating to guide to plant many types of vegetables etc. Well done to you guys.
Below is a guide on chili from
http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/14/panduan-penanaman-cili/ Ingin menanam cili tetapi tidak tahu bagaimana! Ikuti petua yang disarankan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Mahir Mokhtar dan Prof. Dr. Ismail Ahmad dari UKM
Penyediaan Kawasan
Meletakkan Sungkupan Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih Pengubahtanaman Penyiraman Pembajaan Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit Pungutan Hasil Penyediaan kawasan
Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun. Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik. Batas
penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 - 150 sm jarak antara batas : 60 –100 sm antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir Meletakkan sungkupan
Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi. Penyemaian dan penyediaan anak benih
Biji benih
200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)
Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai (campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan). Kaedah penyemaian
Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1 Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat. Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan. Pengubahtanaman
Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15 x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.
Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.
Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan. Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat. Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Pembajaan
Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas. Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa. Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok. Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan. Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama. Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit
Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus. Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain. Pungutan hasil
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.
Here are some other sites you may find interesting;
http://www.doa.sarawak.gov.my/cili_e.htmhttp://pertanianmjg.perak.gov.my/panduan_tanamcili.htmhttp://harizamrry.wordpress.com/2007/11/30/panduan-menanam-cili-dalam-pasupolybag/
No comments:
Post a Comment