Istiqamah menurut Qadhi ‘Iyadh ini ialah; tetap teguh di
atas landasan tauhid dan mentaati Allah hingga menemui ajal. (Syarah Soheh
Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman)
“Fastaqim kama umirta“,"oleh itu, hendaklah engkau
(wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul." (Hud,
112) ayat ini telah mengubah fizikal Nabi SAW. Baginda jadi beruban dan tua,
atas bebanan ayat itu.
Istiqamah… konsisten dan teguh berdiri di jalan taat, bagi
yang faham akan besarnya beban untuk kekal konsisten, akan menjejak kesannya ke
atas Baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata
Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma
Anas bin Malik RA “Aku tidak menemui lebih dari empat belas
helai uban yang tumbuh di kepala dan di janggut Rasulullah SAW.”
Ibnu Umar RA “Sesungguhnya Uban Rasulullah SAW, bilangan
keseluruhannya hanya dalam lingkungan dua puluh helai sahaja.”
Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu:
‘Istiqomah mengandung 3 macam arti : istiqomah dengan lisan
(yaitu bertahan terus mengucapkan kalimat syahadat), istiqomah dengan hati
(artinya terus melakukan niat yang jujur) dan istiqomah dengan jiwa (senantiasa
melaksanakan ibadah dan ketaatan secara terus-menerus).
No comments:
Post a Comment