Wednesday, September 24, 2008

A swipe at Mat Bodek from Che Det

"...Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.
Apakah ini satu jenis rasuah, wallahua'lam. Dengan begitu banyak penasihat amat menghairankan kenapa tidakan Perdana Menteri Abdullah tidak begitu bijak. Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf Menteri pun tetapi tidak ada suara. Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua'lam.

p/s Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus...."
from http://test.chedet.com/che_det/
I smiled alone reading this comment. Trust Tun to comment on this and write in in such a way to make one think. Kata-kata sinis menghiris kalbu sang pembodek, sang penyokong yang mengharap habuan. Kalau dah semua nak kan habuan yang tak kecil itu apa yang tinggal untuk ikan bilis macam aku ini. Lagi mau tipu rakyat ka berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara? Masuk kubur esok jawab sendiri la.

No comments:

GoogleAd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...